Dinasti Yuan
Dinasti Yuan

Dinasti Yuan

Dinasti Yuan (Bahasa Cina: 元朝; pinyin: Yuáncháo; Bahasa Mongolia: Dai Ön Ulus/Дай Юан Улс), atau Empayar Agung Yuan (Cina Ringkas: 大元帝国; Cina Tradisional: 大元帝國; pinyin: Dà Yuán Dìguó[petikan diperlukan]) adalah kesinambungan daripada Empayar Mongol dan negeri bersejarah Mongol yang wujud di Mongolia dan China[2], yang berlangsung secara rasmi bermula pada tahun 1271[3] sehingga 1368[4]. Meskipun dinasti ini ditubuhkan oleh Kublai Khan, beliau meletakan datuknya Genghis Khan dalam rekod rasmi sebagai pengasas dinasti atau Taizu (Bahasa Cina: 太祖). Kublai Khan menuntut gelaran Khan Besar, iaitu kekuasaan mengatasi khan-khan Mongol (Khan Chagatai, Kawanan Emas, Ilkhanate); bagaimanapun tuntutan ini diakui oleh Il-Khanids, yang mana pada dasarnya memiliki pemerintahan sendiri. Meskipun begitu, maharaja-maharaja terkemudian dari Dinasti Yuan diakui oleh tiga khan yang secara bayangannya merupakan negara khan bebas dan berdaulat (pada nama sahaja), dan kekal membangunkan negara secara berasingan. Akan tetapi, dari segi keseluruhan Empayar Mongol kekal kuat dan bersatu. Yuan kadang kala dirujuk sebagai Empayar Besar Khan. Maharaja Mongol dari Dinasti Yuan memegang gelaran sebagai Khan Besar bagi kesemua Khan Mongol.[5][6][7]

Dinasti Yuan

Status Sebahagian daripada Empayar Mongol
• Penaklukan selatan Song 19 Mac, 1276 1271
• 1293 kira-kira 62,818,128a[›]
Maharaja  
• 1333-1370 (Cont.) Ukhaatu Khan
Agama Buddhism (Cina & Tibet), Taoism, Confucianism, agama rakyat China
• 1260-1294 Kublai Khan
Bahasa lazim Mongolia
China
Ibu negara Dadu (moden Beijing), Shangdu[1]
Era sejarah Zaman Pertengahan
Kerajaan Monarki separuh dilantik
• Kejatuhan Dadu 14 September, 1368 1368
Mata wang Matawang kertas dengan meluas (Chao), dengan sejumlah kecil tunai China digunakan
Cancelor