Dio_Cassius

Dio Cassius Cocceianus (k.k. 165– selepas 229; bahasa Inggeris: Dio Cassius atau Cassius Dio) ialah seorang ahli sejarah dan kakitangan awam Rom.Dilahirkan di Nicaea, Bithynia, kepada Cassius Apronianus, seorang senator Rom, nama benarnya ialah Cassius. Dua nama yang lain itu berasal daripada datuk sebelah ibunya, Dio Chrysostom. Oleh itu, walaupun ibunya berketurunan Yunani, dan dalam penulisannya, beliau menerimagunakan bahasa Yunani yang lazim digunakan di tempat asalnya, beliau tetap seorang Rom.Dio Cassius menghabiskan kebanyaknya hidupnya dalam perkhidmatan awam. Selain daripada menyandang jawatan senator di bawah Commodus dan gabenor Smyrna selepas kematian Septimius Severus, Dio juga menjawat konsul sufek di sekitar 205, serta prokonsul di Afrika dan Pannonia. Alexander Severus amat menghormatinya, dan melantiknya sebagai konsul buat kali kedua, satu jawatan yang sama dengan dirinya sendiri pada 229. Bagaimanapun, Pengawal-pengawal Pretor benci akann beliau kerana kekerasannya, dan cuba membunuhnya. Selepas kekonsulannya yang kedua, dan kerana beliau sudah amat tua, Dio pulang ke negara asalnya di mana beliau meninggal dunia.