Presiden Diosdado_Macapagal

Dalam Pilihanraya Presiden tahun 1961, Macapagal bertanding sebagai calon Presiden menentang Garcia yang cuba merebut peluang kedua untuk berkhidmat sebagai Presiden satu penggal lagi. Macapagal telah berjanji untuk menamatkan gejala rasuah.[3] Macapagal telah menewaskan Carlos P. Garcia dengan 55% hingga 45% margin.[4] Diosdado Macapagal mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina ke 9 pada 30 Disember, 1961.

Isu isu penting dalam era Macapagal sebagai presiden

Ucapan Macapagal

Polisi-polisi Domestik

Economy

Dalam ucapan pertamanya sebagai Presiden Filipina, Macapagal telah menjanjikan perubahan socio-ekonomik dengan meletakkan dasar dasar pembangunan ekonomi di tangan syarikat syarikat persendirian tanpa campurtangan kerajaan.[4]

20 hari selepas itu, matawang Filipina peso sudah dibenarkan untuk dimasukkan ke pertukaran matawang asing di pasaran.[4]

Semua usaha Macapagal telah dikongkong oleh Nacionalistas, yang menguasai Dewan Perwakilan dan senat. Akan tetapi, Macapagal telah berjaya memperbaiki ekonomi Filipina dengan baik sekali (steady economic progress), dan perkembangan naik turun GDP tahunan dianggarkan 5.15% untuk tahun 1962 hingga 65.[4]

Usaha untuk membenteras rasuah

Satu daripada janji Macapagal semasa pilihanraya Presiden adalah untuk membasmi gejala rasuah dikalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mana menjadi parah sejak dari pentadbiran Presiden Garcia lagi.[9]

Penukaran Tarikh Hari Kemerdekaan

Macapagal telah mengisytiharkan penukaran tarikh sambutan Hari Kemerdekaan Republik Filipina pada 12 Mei, 1962, dari 4 Julai , tarikh Filipina diberikan kemerdekaan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1946, kepada 12 Jun, tarikh dimana Emilio Aguinaldo, Presiden pertama Republik Filipina dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain mengisytiharkan kemerdekaan negara mereka dari penjajahan Sepanyol pada tahun 1898.[10] Perubahan ini menjadi kekal pada tahun 1964 dengan termeterainya Perjanjian Republik No. 4166.[11]

Polisi Luar Negara

Tuntutan Filipina keatas Sabah

President Diosdado Macapagal ketika berada di atas kapal USS Oklahoma City pada tahun 1962

Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas.[12] Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.[13] Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan. [14]

Maphilindo

Dalam bulan Julai 1963, Presiden Diosdado Macapagal telah mengadakan summit meeting di Manila. Maphilindo telah dirancang untuk ditubuhkan untuk menrealisasikan impian Jose Rizal untuk menyatupadukan orang orang melayu dan filipina.[15]

Maphilindo adalah satu Badan regional. Akan tetapi, ia merupakan tactik kepada ahli-ahli seperti Jakarta dan Manila untuk melewat-lewatkan, atau juga menghalang, pembentukan Persekutuan Malaysia. Manila mempunyai tuntutannya terhadap Sabah (asalnya British Borneo Utara),[16] dan Jakarta membantah pembentukan Persekutuan Malaysia kerana menganggapnya sebagai salah satu cara British untuk mengekalkan kuasa di rantau ini (neocolonialism). MAPHILINDO gagal apabila Sukarno merancang konfrontasi dengan Malaysia. Konfrontasi ini bertujuan untuk menghalang Malaysia untuk kekal merdeka. Idea ini adalah inspirasi Presiden Sukarno dengan Partai Komunis Indonesia (PKI). Parti ini menghasut Presiden Sukarno bahawa pembentukan Persekutuan Malaysia adalah neo-colonization dan akan menjejaskan keamanan Indonesia. Apabila ASEAN ditubuhkan, secara tidak langsung perkara ini telah dirombak.[17]

Perang Vietnam

Sebelum tamat penggal tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden Filipina pada tahun 1965, Presiden Diosdado Macapagal mengarahkan Kongress untuk menghantar pasukan tentera ke South Vietnam. Akan tetapi, Idea ini telah ditolak oleh parti pembangkang yang diketuai oleh Presiden Senat Ferdinand Marcos yang menentang Macapagaldan Parti Liberal dan menyokong Parti Nacionalista.[18]


Pilihanraya midterm tahun 1963

Pilihanraya Senator dan pilihanraya tempatan telah diadakan pada 12 November, 1963. Pilihanraya tahun 1963 telah dikenali sebagai Pilihanraya midterm tahun 1963 kerana tarikh pilihanraya kebetulan jatuh pada penggal keempat tempoh perkhdmatan Presiden Diosdado Macapagal sebagai Presiden Filipina. Parti Liberal (LP) memenangi empat dari lapan kerusi - Ini membanyakkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh LP dan jumlah kerusi senat LP telah meningkat naik dari lapan kepada sepuluh.

Kempen Pilihanraya Presiden tahun 1965

Sebelum tamat penggal tempoh perkhidmatannya, Macapagal telah merancang untuk merebut peluang satu penggal lagi sebagai Presiden Filipina.[4] Dengan Presiden Senat Ferdinand Marcos, ahli Parti Liberal yang popular, Macapagal tewas dan beliau gagal untuk mendapatkan kembali nomination disebabkan re-election bid, Marcos mengalihkan sokongannya kepada Parti Nacionalista untuk menentang Macapagal.[4]

Diantara isu isu yang dibangkitkan terhadap pentadbiran Macapagal adalah Rasuah dan kenaikkan harga barangan pengguna.[4] Macapagal telah ditewaskan oleh Marcos dalam Pilihanraya Presiden tahun 1965 November 1965 polls.

Rujukan

WikiPedia: Diosdado_Macapagal http://www.asianjournal.com/cgi-bin/view_info.cgi?... http://www.epilipinas.com/SabahClaim.htm http://www.highbeam.com/doc/1G1-211769085.html http://www.historynet.com/the-philippines-allies-d... http://www.macapagal.com/dm/ http://www.macapagal.com/dm/biography/bio2.html http://www.macapagal.com/dm2/ http://filipinopresidency.multiply.com/photos/albu... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,8... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,8...