Diskografi_Sudirman_Haji_Arshad
Diskografi_Sudirman_Haji_Arshad

Diskografi_Sudirman_Haji_Arshad

Diskografi Sudirman Haji Arshad ini menyenaraikan album yang pernah dikeluarkan oleh Sudirman Haji Arshad. Selepas beliau menjuarai Bintang RTM pada tahun 1976, beliau telah merakamkan suara di bawah label Warnada Records. Hasilnya, album “Teriring Doa” (album EP sulung) telah dikeluarkan pada tahun yang sama. Pada tahun berikutnya, beliau telah menghasilkan sebanyak 14 buah album studio di bawah label EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. dari tahun 1978-1989. Pada tahun 1979, beliau telah menghasilkan album rakaman secara langsung menerusi album “Jangan Kau Lupa” yang juga menampilkan nyanyian beliau bersama Dhalan Zainuddin.[1] Selain itu, beliau telah berjaya mengeluarkan dua album pada tahun 1980, 1981, 1982, 1984 dan 1986. Beliau juga telah membawakan pelbagai jenis tema di dalam setiap pengeluaran albumnya yang dilihat begitu unik sekali.Pada tahun 1987, lagu “Merisik Khabar” telah menduduki carta sebagai lagu yang berkedudukan nombor 1 di Malaysia, Indonesia dan Brunei selama dua bulan. Lagu beliau yang lain juga turut menduduki carta ketika itu.[2] Beliau juga telah berjaya mengeluarkan album terakhirnya pada tahun 1989 yang bertajuk “Asia's No. 1 Performer”. Album ini telah menyenaraikan lagu nyanyian beliau semasa di Dewan Royal Albert iaitu “One Thousand Million Smiles”. Selepas kematian beliau, pihak EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan beberapa album kompilasi, antaranya “Jauh Di Sudut Hati” dan “Setelah Kau Tiada”.

Diskografi_Sudirman_Haji_Arshad

EP 1
Album runut bunyi 1
Album secara langsung 5
Album kompilasi 52
Album studio 14