Disleksia

Dislexia, atau masalah perkembangan pembacaan,[1] ialah gejala yang berkait dengan kesukaran dengan belajar membaca dengan lancar dan dengan kefahaman yang tepat sungguhpun memiliki kecerdasan yang normal atau melebihi purata.[2][3] Ini termasuk kesukaran dengan kesedaran fonologi, penyahkodan fonologi, kepantasan memproses, pengkod ortografik ("sistem ejaan"), ingatan jangka pendek pendengaran, kemahiran bahasa. kefahaman lisan, dan/atau penamaan pantas.[4][5][6] Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh, tetapi mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Disleksia adalah masalah pembelajaran yang paling lazim,[7] dan masalah pembacaan yang paling diakui. Terdapat kesukaran membaca yang lain yang tidak berkait dengan disleksia. Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia. Masalah disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.Sesetengah pihak melihat disleksia sebagai berbeza daripada kesukaran membaca akibat daripada sebab-sebab lain, seperti kekurangan bukan neurologi berkait penglihatan atau pendengaran, atau pengajaran lemah atau tidak mencukupi.[8][9] Terdapat cadangan tiga jenis pecahan kognitif disleksia (pendengaran, penglihatan dan penumpuan), sungguhpun kes-kes disleksia individu adalah lebih baik dijelaskan melalui kekurangan neuropsikologi asas khusus (contoh, gangguan memproses pendengaran, masalah hiperaktif gangguan perhatian, gangguan pemprosesan visual) dan berlaku masalah pembelajaran bersama (contohnya diskalkulia dan disgrafia).[10][11][12][13][14][15] Sungguhpun ia dianggap sebagai menerima (afferent) berasaskan kecacatan pembelajaran bahasa dalam penyelidikan maklumat, disleksia juga memberi kesan kemahiran ekspresif (eferen) bahasa seseorang.[16] Penyelidik di MIT mendapati bahawa seseorang dengan disleksia mempamerkan kecacatan keupayaan mengenalpasti suara.[17] Lebih menariknya, kajian yang diterbitkan dalam talian (dan dalam isu Julai American Journal of Human Genetics), melaporkan kemungkinan asal disebabkan genetik sebagai punca masalah itu, dan masalah pembelajaran lainnya, yang boleh membantu memberi petunjuk dalam beberapa kes bagi diagnosis awal dan campur tangan yang lebih berjaya.[18]

Rujukan

WikiPedia: Disleksia http://www.dyslexiaassociation.ca/english/files/un... http://siouxlandobserver.blogspot.com/2013/06/all-... http://bmj.com/cgi/pmidlookup?view=long&pmid=89166... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb4016.htm http://books.google.com/?id=DmEsAQAAIAAJ&dq=editio... http://www.springerlink.com/content/m31740417111l8... http://www3.interscience.wiley.com/journal/1224622... http://dyslexiahelp.umich.edu/answers/faq http://news.yale.edu/2005/10/28/novel-discovery-dc...