Divisyen Pertama Panzer SS Leibstandarte SS Adolf Hitler (disingkatkan
1. SS-Pz.Div. LSSAH) bermula sebagai
pengawal peribadi Adolf Hitler, bertanggungjawab melindungi nyawa
Führer, pejabat dan kediamannya. Bermula dengan saiz sebuah
rejimen (briged), LSSAH akhirnya berkembang menjadi sebuah unit elit
bersaiz divisyen. Istilah Leibstandarte berasal daripada Leibgarde – penterjemahan kuno Jerman "Garde du Corps" atau pengawal peribadi seorang pemimpin tentera ("Leib" = bermaksud "badan, tubuh") – dan Standarte: Istilah
Schutzstaffel (SS) atau
Sturmabteilung (SA) bagi unit bersaiz rejimen.LSSAH secara bebas terlibat dalam pertempuran semasa
Penjajahan Poland, dan telah disatukan dalam
Waffen-SS berserta dengan
SS-Verfügungstruppe (SS-VT) dan unit-unit kombat
SS-Totenkopfverbände (SS-TV) sebelum operasi
Barbarossa pada tahun 1941. Pada penghujung
Perang Dunia II saiznya bertambah daripada rejimen kepada sebuah
Divisyen panzer.Lambang divisyen Leibstandarte ialah
anak kunci, sebagai menghormati komander pertamanya,
Josef "Sepp" Dietrich (Dietrich dalam bahasa Jerman bermaksud anak kunci atau
pengumpil mangga); ia telah dikekalkan dan diubah suai kemudian untuk menjadi simbol bagi
Kor I Panzer SS. Divisyen elit yang merupakan komponen Waffen-SS ini, telah didapati bersalah kerana jenayah perang di
Perbicaraan Nuremberg. Anggota-anggota LSSAH telah terlibat dengan pelbagai kekejaman. Mereka telah membunuh sekurang-kurangnya 5,000 orang tawanan perang sepanjang tahun 1940–1945, kebanyakkannya di Barisan Timur.
[1]