Docky
Docky

Docky

Docky ialah sebuah aplikasi dok untuk meja GNOME. Docky pada mulanya merupakan salah satu ciri bagi GNOME Do, namun, pada hujung 2009, kedua-duanya telah berpecah menjadi projek yang berlainan. Docky ditulis menggunakan C#.Berbeza dengan kebanyakan aplikasi dock lain, Docky membolehkan sehingga empat dock berjalan dalam satu masa. Buat masa ini, Docky sendirian tidak dapat menggantikan panel GNOME sepenuhnya kerana kekurangan docklet-docklet untuk pemberitahuhan, penukar pengguna, menu dan sebagainya.