Kerjaya Dolla

Dolla mendapat perhatian penonton yang hadir apabila membuat persembahan yang cukup bertenaga di Final #RapstarEra bertempat di The Bee Republika[4] Pada 20 Mac 2020, DOLLA melancarkan single sulung mereka "Dolla Make You Wanna" yang diterbitkan oleh komposer dan penerbit rakaman Australia, Bryan B, serta hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta. DOLLA mula menjadi sebutan netizen kerana video muzik mereka yang dikatakan bertaraf antarabangsa, dan bakat tarian mereka yang menyerlah. Malah, ada juga yang membandingkan mereka dengan kumpulan K-Pop seperti Blackpink dan kumpulan antarabangsa Little Mix.[5]

DOLLA juga merupakan salah satu daripada 17 artis yang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia untuk menghasilkan lagu "#jangankeluar", lagu hip hop hasil karya Yonnyboii, yang menjadi peringatan kepada masyarakat Malaysia bagi menentang penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada awal 2020.