Dollah_Sarawak
Dollah_Sarawak

Dollah_Sarawak

Mohammad bin Haji Sulaiman atau lebih dikenali dengan nama Dollah Sarawak merupakan salah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu.Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada awal abad lepas. Ayahnya seorang berbangsa Cina dari Yunnan, China tetapi mempunyai separuh darah berbangsa Melayu. Ibunya pula seorang Melayu berketurunan Lembah Kedah yang berasal dari Pulau Pinang mempunyai seorang adik lelaki. Awal tahun dua puluhan beliau telah berhijrah ke Bumi Kenyalang, Sarawak dan di situ beliau telah berbapa angkat dengan seorang yang dipanggil Tengku Syed Idrus yang mengubah namanya dari Mohamad Bin Haji Sulaiman ke Dollah. Di Sarawak, beliau telah berumah tangga dengan seorang gadis Sarawak hasil dari perkahwinan itu maka lahirlah Seniwati Siput Sarawak dan adiknya Kuyung. Setelah kematian isterinya seorang primadona bangsawan, beliau dan anak-anaknya telah ke Singapura dan di sana beliau telah membuka sebuah panggung bangsawan bergelar Seri Noran Opera di mana Allahyarhamah Seniwati Siput Sarawak menjadi primadonanya. Beliau kemudian telah berkahwin dengan seorang wanita dari Muar, Johor tetapi malangnya perkahwinan itu tidak kekal. Hasil perkahwinan itu beliau dikurniakan seorang anak perempuan. Selepas beberapa tahun beliau berkahwin pula dengan seorang janda beranak dua dari Teluk Intan, Perak iaitu Syarifah Intan. Selang berberapa tahun, Syarifah Intan meninggal dunia akibat pneumonia. Beliau kemudian pulang ke Singapura dan bekerja di Keris Film Productions dan di sanalah nama Dollah menjadi Dollah Sarawak kerana apabila hendak membayar gaji, terdapat tiga orang yang bernama Dollah maka dengan itu nama Sarawak itu telah diletak di belakang nama Dollah menjadi Dollah Sarawak. Di Cathay-Keris Film, beliau telah berkenalan dengan seorang janda beranak dua dari Bandung, Indonesia bernama Esah yang juga merupakan seorang make-up artist di Keris Film. Hasil perkahwinan itu, beliau telah dikurniakan lima orang anak iaitu Hatijah, Rahim, Rosini, Jamil dan Rohanah. Malangnya perkahwinan beliau dengan Esah juga tidak lama kerana Esah telah meninggal dunia akibat tumpah darah kerana melahirkan anak mereka yang keenam. Sedih dengan kehilangan isteri dan memandangkan anak-anaknya masih kecil, beliau pun bernikah dengan seorang janda bernama Fatimah Dollah. Setelah Kris Film dan Cathay Film bergabung menjadi Cathay-Keris Film Productions, beliau kemudian menjadi pelakon dan dekorator. Selang beberapa tahun akibat kesihatan, beliau kemudian berhenti bekerja dari Cathay-Keris dan membuka sebuah warung di daerah Woo Mun Chew Road, Singapura yang menjual lontong, mi rebus, satay dan prlbagai makanan lain yang selalu dilanggan oleh pelakon-pelakon sendiri. Gerai itu diusahakan untuk beberapa tahun oleh keluarga beliau tetapi akibat usia dan kesihatan beliau tidak mengizinkan, beliau telah bersara. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Isnin, 21 April 1994 bersamaan 10 Zulkaedah 1414 H di samping isterinya Fatimah Dollah (1905-1997), anaknya Siput Sarawak (1921-1999) dan juga cucunya yang dijaga dari bayi, Hartini Inawati di Singapura serta cucu-cucunya yang lain termasuklah cicit-cicit dan piut-piut yang ramai, bahkan pelbagai saudara-mara dari keluarga besarnnya.

Dollah_Sarawak

Meninggal dunia 21 April 1994(1994-04-21) (umur 94–95)
Singapura
Kelahiran Mohammad bin Haji Sulaiman
1899
Pulau Pinang, Negeri-Negeri Selat (kini Malaysia)