Doraemon_Story_of_Seasons

Doraemon Story of Seasons (Bahasa Jepun: ドラえもんのび太の牧場物語 Doraemon Nobita no Bokujou Monogatari) adalah permainan video lakon peranan dan simulasi pertanian untuk Nintendo Switch dan Microsoft Windows yang merupakan kerjasama antara siri permainan video Story of Seasons dan francais Doraemon. Permainan ini dibangunkan oleh Brownies dan Marvelous dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Penerbitan tajuk permainan ini menandakan pelancaran pertama permainan video Doraemon kepada pasaran barat.Permainan ini dikeluarkan pada 13 Jun 2019 di Jepun, diikuti dengan keluaran antarabangsa pada 11 Oktober 2019. Versi PlayStation 4 dijadualkan akan dikeluarkan pada 30 Julai 2020 di Jepun, dan antarabangsa pada 4 September 2020.