Dosa_asal
Dosa_asal

Dosa_asal


Templat:Other uses2Dosa asal, yang juga dipanggil dosa nenek moyang,[1] ialah doktrin Kristian tentang keadaan kemanusiaan bagi dosa akibat daripada maksiat manusia, berpunca daripada penderhakaan Adam dan Hawa di dalam syurga, yakni dosa memakan buah dari pokok terlarang.[2] Keadaan ini digambarkan dalam pelbagai cara, dari sesuatu yang tidak signifikan seolah-olah sedikit kekurangan, atau kecenderungan terhadap dosa namun tanpa kesalahan kolektif, yang dirujuk sebagai "fitrah dosa", hingga sesuatu yang drastik seolah-olah kehinaan sama sekali atau kesalahan autotamtik kesemua manusia menerusi kesalahan kolektif.[3]Konsep dosa asal pertama kali disebutkan pada kurun ke-2 oleh Irenaeus, Biskop Lyon dalam kontroversinya dengan penganut Gnostikisme dualistik. Tokoh-tokoh gereja lain seperti Augustine juga mengembangkan doktrin itu,[2] memandangnya berdasarkan ajaran St. Paul dalam Perjanjian Baru (Orang Rom Templat:Bibleref2-nb dan 1 Orang Corinth Templat:Bibleref2-nb) dan ayat Perjanjian Lama dalam Mazmur Templat:Bibleref2-nb.[4][5][6][7][8] Tertullian, Cyprian, Ambrose dan Ambrosiaster menganggap bahawa manusia berkongsi dosa Adam, yang dipindahkan oleh generasi manusia. Rumusan Augustine mengenai dosa asal adalah popular di kalangan pembaharu-pembaharu Protestan, seperti Martin Luther dan John Calvin, yang menyamakan dosa asal dengan keinginan berahi, mengakui bahawa ia tegar meskipun selepas pembaptisan dan memusnahkan kebebasan sepenuhnya.[2] Gerakan Jansenisme, yang diisytiharkan Gereja Katolik sebagai sesat, juga berpegang bahawa dosa asal memusnahkan kebebasan kehendak.[9]

Rujukan

WikiPedia: Dosa_asal http://www.catholicnewsagency.com/resources/apolog... http://www.jewishencyclopedia.com/articles/13761-s... http://www.philvaz.com/apologetics/num54.htm http://www.religionfacts.com/islam/beliefs/human.h... http://www.religionfacts.com/islam/beliefs/human.h... http://www.thereformedfaith.com/man/origsin.php http://www.topicalbiblestudies.com/original-sin.ph... http://documents.irevues.inist.fr/bitstream/handle... http://silouanthompson.net/2008/12/ancestral-versu... http://www.bookofconcord.org/augsburgdefense/2_ori...