Trivia Dr._Slump

Selepas manga asal tamat, watak Dr. Slump kembali untuk kemunculan dalam manga (dan anime) Dragon Ball yang juga oleh Akira Toriyama. Arale dan Son Goku bekerjasama untuk mengalahkan Jeneral Blue. Arale juga membuat kemunculan kecil dalam filem ketiga Dragon Ball, Makafushigi Dai-Bōken. Oleh kerana kemunculan dan persamaan lain, banyak peminat menganggap yang kedua-dua siri berlaku dalam ruang masa yang sama.

Kemunculan dalam manga kelihatan berbeza dengan cara pelukis melukis ketika itu yang membuatkan watak kelihatan lebih membulat. Watak-watak tersebut muncul semuala dalam satu cerita pendek yang dipanggil "Chotto Kaettekita Dr. Slump" ("Dr. Slump Kembali Untuk Sementara").

Beberapa perkataan dijadikan tanda seperti:

  • "Hoyoyo" (perkataan yang digunakan Arale ketika keliru ataupun sedang teruja)
  • "Kiiiiiin" (bunyian seperti enjin kapal terbang)

Pernyataan tersebut menjadi terkenal dalam budaya Jepun kemudiannya. Malahan, cermin mata Arale memberikan ilham untuk frasa Jepun bagi "arare megane" (cermin mata Arale).

Dalam manga, Toriyama sendiri muncul sebagai burung ("tori" dalam namanya bermaksud "burung", yang kemudiannya menjadi nama studio produksinya iaitu Bird Studio), walaupun Toriyama asalnya melukiskan Senbe berdasarkan dirinya. Dia kemudian muncul dengan rupa robot dengan google gelap, dan orang dengan cermin mata dan memakai topeng pembedahan (sebagai menunjukkan yang dia bukannya sesiapa). Malahan, watak manusia sebenar turut dimasukkan seperti bos Toriyama (Torishima yang kemudiannya menjadi ilham kepada penghasilan watak Dr. Mashirit ), pembantu-pembantunya, isteri dan kawannya (seperti Masakazu Katsura).

Berkaitan