Drugs.com

Drugs.com merupakan sebuah ensiklopedia farmasi atas talian yang memberikan maklumat ubat untuk pengguna dan profesional penjagaan kesihatan, terutamanya di Amerika Syarikat.[1] Laman web Drugs.com dimiliki dan dikendalikan oleh Drugsite Trust. Drugsite Trust adalah amanah milik swasta yang ditadbir oleh dua ahli farmasi New Zealand, Karen Ann dan Phillip James Thornton.[1]