Dubalang

Dubalang adalah suatu lembaga (limbago) adat yang wujud dalam sistem aturan masyarakat Minangkabau yang berfungsi sebagai penegak dan penjaga keamanan dan ketenteraman seakan mata-mata sesama suku serta nagari di Ranah Minang sejak zaman Kerajaan Pagar Ruyung.[1] Ia berperanan utama seganding dengan datuak penghulu di pihak pentadbiran (lagi-lagi dalam hal berkaitan adat[2]) dan imam khatib di bidang keagamaan.Orang yang menganggotai dubalang ini iaitu urang bagak ("pemberani") melaksanakan tugas dan fungsi sesuai dengan aturan adat Minangkabau melalui prinsip kareh ditakiak, lunak disudu ("yang kerah ditakik, yang lunak disudu") ertinya sebarang langkah akan dilakukan apapun untuk mencapai hasil optimal dari tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka demi ketenteraman dan kesejahteran suku-sakat dan nagari.[3]Para dubalang banyak terlibat dalam persoalan yang dianggap mengganggu keamanan dan ketenteraman masyarakat sejak zaman kerajaan Minangkabau berlanjut kepada zaman perjuangan melawan penjajahan Barat. Mereka berjasa besar dalam menjaga dan menegakkan aturan adat dalam suku dan nagari. Dubalang-dubalang sering membarisi angkatan juang peringkat nagari tertentu semasa perang revolusi Indonesia melawan kuasa Empayar Belanda di "ujung tombak" kerana sikap yang tidak mengenal takut dan berani mati dalam melaksanakan tugas-tugas yang bahaya.[4]