Trivia Dunia_Baru_(siri_TV)

  • Walaupun musim ketiga ditayangkan sebelum filem, pengambaran filem dijalanlan terlebih dahulu. Malah, tidak siapa menyangka Dunia Baru akan kembali dengan musim ketiga. Musim ketiga disifatkan sebagai pemudah jalan cerita sebelum penonton menonton filem. Dalam musim ini, penonton dapat menyaksikan tentang Opie yang berhasrat melupakan Adif namun tidak berdaya. Madihah dan Darius pula berpindah ke rumah baru. Manakala Anizah pernah menerima surat ugutan daripada Fazli yang cuba menghalangnya dari belajar ke luar negara.
  • Seperti yang diceritakan oleh Adiff kepada Opie tentang Yusoff yang tidak tahu menunggang motosikal,memandu kereta. Begitu juga dengan Ryzal Jaafar di dunia sebenar, dia lebih selesa menaiki kenderaan awam, menumpang kereta kawan, jika dia perlu ke lokasi pula biasanya akan dibawa oleh runner/krew.
  • Dunia Baru Reunion ada dikeluarkan pada tahun 2010 tetapi tidak ditayangkan di kaca tv dan sambutannya agak mengecewakan kerana waktu siaran yang pendek, kurang promosi.
  • 2015 pula Dunia Generasi Baru [1] diterbitkan dan disiarkan di TV9 setiap malam khamis. Antara pelakon-pelakonnya ialah Kaka Azraff, Fadlan Hazim,Ben Amirr, Zahirah Macwilson,Natasha Elyzza dan Erwin Shah Dawson.[2]