Abu Nasr Shams al-Muluk Duqaq (meninggal
8 Jun 1104) merupakan pemerintah Turki Seljuk bagi
Damsyik dari
1095 hingga
1104. Duqaq merupakan anak pemerintah Seljuk bagi
Syria,
Tutush I, dan Khatun Safwat al-Mulk, Dia merupakan saudara
Radwan. Apabila bapa mereka meninggal pada tahun 1095, Radwan menuntut Syria bagi dirinya, dan Duqaq pada mulanya mewarisi jajahan di
the Jezirah dan tinggal di sana bersama saudaranya di
Aleppo. Bagaimanapun, dia kemudiannya memberontak dan menguasai
Damsyik, melontar Syria ke dalam kancah kucar-kacir dan perang saudara. Duqaq mendapat sokongan
Yaghi-Siyan dari
Antioch, yang tidak berselisih dengan Radwan tetapi tidak sukakan atabeg (penjaga) Radwan, Janah ad-Dawla; menyertai Yaghi-Siyan dan Duqaq adalah
Ilghazi, gabenor bagi
Jerusalem. Radwan menyertai
Sokman, saudara kepada Ilghazi. Radwan menyerang Yaghi-Siyan, dan apabila Duqaq dan Ilghazi datang membantunya, Radwan turut mengepong Damasyuk. Bagaimanapun, Radwan mula bersengketa dengan Janah ad-Dawla, yang menawan
Hims darinya, dan dengan atabeg-nya tidak lagi menjadi sekutu, Yaghi-Siyan lebih cenderung membantunya. Persekutuan ini dimetrikan dengan perkahwinan antara Radwan dan anak perempuan Yaghi-Siyan. Kedua mereka merancang untuk menyerang
Shaizar apabila mendengar ketibaan (First Crusade); kesemua pesekutuan dibubarkan dan kesemua orang kembali kebandar masing-masing, sungguhpun sekiranya persekutuan tersebut kekal, atau mereka bekerja sama, mereka kemungkinannya mampu mematahkan serangan krusader.
Pada tahun
1103 Duqaq menawan
Homs apabila Janah ad-Dawla, bekas atabeg Radwan, dibunuh. Duqaq jatuh sakit pada tahun 1104, dan mengikut nasihat ibunya, melantik
Toghtegin, bekas penjaga atabegnya sebagai atabeg kepada anak mudanya
Tutush II. Duqaq meninggal pada 8 Jun tahun tersebut. Toghtegin kemudiannya mengguling dinasti Duqaq dan menubuhkan dinasti Burid, yang akan memerintah Damasyuk bagi setengah kurun berikutnya.