Duruzi
Duruzi

Duruzi

Duruzi ([درزي, derzī atau durzī] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), jamal دروز, durūz),bahasa Inggeris: Druze merupakan salah satu cabang fahaman atau agama pecahan dari Syiah Ismailiyah pada zaman era Kerajaan Fatimiyyah pada abad ke-10. Fahaman ini diasaskan oleh Tariq al-Hakīm. Fahaman ini adalah bukan fahaman Islam (non-Muslim religion) akan tetapi fahaman yang dibawa adalah agak mirip dengan ajaran Islam Syiah dan Kristian. Kebanyakan mereka berbangsa Arab dan mengakui bahawa mereka berbangsa Arab tetapi rakyat Israel berfahaman Duruzi ini menafikan dari bangsa Arab. Perkataan daruzi diambil sempena nama seorang tokoh Muhammad A-Darazi.Mereka ini terdapat di negara-negara Arab khususnya di Lubnan (Beirut), Palestin/Israel, Syria dan Turki serta sebilangan kecil darinya berada di negara-negara lain sebagai pekerja mahir.Druze (juga turut dikenali sebagai Druse; bahasa Arab: darazī درزي, maj. durūz دروز) adalah sebuah komuniti keagamaan yang umumnya berasal dari Timur Tengah. Kelompok ini muncul dari Islam dan Kristian serta dipengaruhi oleh agama-agama dan falsafah-falsafah lain, termasuk falsafah Yunani. Kaum Druze menganggap dirinya sebagai "sebuah fahaman (sakte) Islam Uniat, pembaruan" (Catatan 1), meskipun mereka tidak dianggap Muslim oleh kebanyakan Muslim di wilayah tersebut. Kaum Druze menyebut dirinya Umat Monoteisme atau Muwahhidūn ("Monoteis"). Asal-usul nama Druze ditelusuri ke Muhammad ad-Darazī, yang terkenal sebagai pengasas kepada fahaman ini.