Penerbitan Duyung_(filem)

Duyung merupakan filem Malaysia pertama menjalani penggambaran di dasar laut. Hampir 40 peratus babak membabitkan dasar laut dan selebihnya masih lagi tidak lari daripada laut.[5] Penggambaran mengambil masa 25 hari di Pulau Sipadan, Sabah. Maya Karin melakukan semua babak dalam laut tanpa bantuan teknik gandaan stunt.[6]

Syarikat penerbitan, Grand Brilliance Sdn Bhd mensasarkan kutipan sebanyak RM10 juta dengan penayangan di 59 buah panggung seluruh Malaysia, iaitu jumlah yang paling banyak dalam sejarah penayangan filem Melayu.[7] Namun begitu, penerbit filem lain menyifatkan sasaran itu adalah mustahil kerana kebiasaan komedi Saiful Apek dan penampilan CGI yang tidak begitu menarik.[8]

Promosi

Penaja filem ini iaitu DiGi membelanjakan RM1.5 juta bagi tujuan promosi.[7] Pelbagai peraduan bagi mendapatkan tiket Duyung percuma juga diadakan.[9] Treler berdurasi 1 minit dalam Bahasa Melayu dan Inggeris diedarkan di samping klip promosi berdurasi 30 dan 10 saat juga dalam Bahasa Melayu dan Inggeris telah ditayangkan di televisyen.[10]

Rujukan

WikiPedia: Duyung_(filem) http://www.budiey.com/pelancaran-novel-dan-soundtr... http://farm3.static.flickr.com/2112/2246732328_f50... http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/... http://www.youtube.com/user/krustudios http://www.youtube.com/watch?v=1OQRNfBQ2wM&NR=1 http://www.bharian.com.my/Friday/Hip/2008031406130... http://digi.com.my/rentaq/apayggempak/duyung/index... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo...