Dáil_Éireann
Dáil_Éireann

Dáil_Éireann


Dáil Éireann [d̪ˠɑːlʲ ˈɛərən, dal é-ĕ-rĕn] atau Dewan Rendah Ireland merupakan dewan rendah bagi badan perundangan negara Republik Ireland (yakni Oireachtas yang setaraf parlimen) dan dewan kedua selepas Seanad Éireann (yang bertindak sebagai suatu badan senat).[1] Ia dipilih secara langsung sekurang-kurangnya sekali pada setiap lima tahun di bawah sistem perwakilan berkadar dengan cara sistem satu undi boleh pindah (STV). Bidang kuasa dewan ini adalah sama dengan negara yang mengamalkan sistem berparlimen dwidewan yang lain. Tertakluk kepada had yang dikenakan oleh Perlembagaan Ireland, dewan ini mempunyai kuasa untuk meluluskan mana-mana undang-undang yang dikehendaki serta mencalonkan dan membuang Taoiseach (ketua kerajaan).Sejak tahun 1922, badan ini telah bersidang di Dewan Leinster, kota Dublin.

Dáil_Éireann

Diasaskan 1937
Pilihan raya terakhir Dewan Rendah Ireland 8 Februari 2020
Sesi baru bermula 2020
Didahului oleh
  • Parlimen Ireland (1297–1800)
  • Dewan Rakyat Ireland Utara (1921–1972)
  • Dewan Rakyat Ireland Selatan (1922)
  • Dáil Éireann (Negeri Bebas Ireland) (1922–1937)
Ahli 160
Ketua Majlis (Ceann Comhairle)
Seán O Fearghail, Fianna Fáil
Kumpulan politik di Dewan Rendah Ireland
Pilihan raya seterusnya bagi Dewan Rendah Ireland Seterusnya
Jenis