Sejarah E

Hieroglif Mesir
q’
Proto-Semitik
H
Phoenicia
H
Etruscan
E
Greek
Epsilon
Rumi
E

E diperoleh daripada huruf Greek epsilon yang lebih kurang sama rupa (Ε, ε) dan fungsinya. Menurut etimologi, huruf Semitik barangkali melambangkan bentuk manusia yang bersembahyang atau berteriak (hillul "kegembiraan"), dan juga mungkin berasaskan satu hieroglif Mesir yang serupa bentuknya tetapi berbeza bunyi dan kegunaannya. Dalam abjad Semitik, huruf ini mewakili bunyi /h/ (dan /e/ dalam perkataan bahasa asing), dalam bahasa Greek hê menjadi Εψιλον (Epsilon) yang mewakili bunyi /e/. Orang-orang Etruscan dan Rom Purba turut menggunakan huruf ini sedemikian, maka timbulnya huruf Rumi "E". Oleh sebab Peralihan Vokal Besar-besaran, kegunaannya dalam bahasa Inggeris agak berbeza, iaitu /iː/ (yang berpunca daripada /eː/ dalam "me" atau "bee") sementara perkataan-perkataan lain seperti "bed" lebih hampir dengan sebutan bahasa Latin dan bahasa-bahasa lain.