Plot Edge_of_Tomorrow_(filem)

Apabila sebuah bangsa makhluk asing dipanggil Mimik menakluk dan memusnahkan Eropah, London adalah rintangan yang terakhir di Benua Lama. General Brigham merancang serangan ke Perancis menjangka untuk mengalahkan Mimik dan memerintah Major William Cage, seorang pegawai perhubungan awam Amerika Syarikat untuk menampung pencerobohan. Walau bagaimanapun, Cage tidak menerima tugasan itu dan mengancam Jeneral Brigham untuk mendedahkan korban awam. Dia ditangkap, dituduh pembelot dan ditugaskan untuk berlawan dalam pencerobohan di bawah perintah Sarjan Farell di Pangkalan Heathrow. Ramai manusia mati di dalam pencerobohan itu dan Cage membunuh seekor Mimik dan disembur oleh darahnya; kurang daripada lima minit dalam pertempuran, Cage mati. Yang menghairankan dia terbangun di Pangkalan Heathrow dan mengulangi hari yang sama berulang kali selepas mati. Setiap kali, Cage cuba untuk menukar kematian skuadnya dan dia berjumpa Sarjan Rita Vrataski yang menyuruh dia untuk mencarinya apabila dia bangun di pangkalan itu. Rita membawa Cage berjumpa Dr. Carter yang menerangkan kepadanya bahawa dia membunuh seekor Alpha dan darahnya telah diberi keupayaan untuk menetap semula masa. Di samping itu, harapan terakhir bumi ialah kemusnahan pemimpin Mimik, disebut sebagai Omega, yang tersembunyi.

Rujukan

WikiPedia: Edge_of_Tomorrow_(filem) http://boxofficemojo.com/movies/?id=allyouneediski... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=allyouneed... http://www.edgeoftomorrowmovie.com/ http://www.edgeoftomorrowmovie.com/releasedates/in... http://insidemovies.ew.com/2014/09/30/edge-of-tomo... http://www.filmmusicmag.com/?p=13118 http://www.hitfix.com/news/interview-frozen-compos... http://www.hollywoodreporter.com/news/tom-cruise-s... http://www.imdb.com/title/tt1631867/ http://www.latimes.com/entertainment/envelope/coto...