Tayangan Edge_of_Tomorrow_(filem)

Pemasaran

Warner Bros. melabur lebih $100 juta dalam kempen pemasaran untuk Edge of Tomorrow.[6] Filem ini pada asalnya bertajuk All You Need Is Kill sempena tajuk novel itu. Pada bulan Julai 2013, Warner Bros. menukar tajuk itu kepada Edge of Tomorrow;[7] Presiden Warner Bros. Sue Kroll berkata tajuk tersebut ditukar kerana terdapat percakapan negatif tentang perkataan "kill" dalam tajuk itu.[8] Filem ini dipromosi di Comic-Con di San Diego, California pada bulan Julai 2013,[7] dan di WonderCon di Anaheim, California pada bulan April 2014. Turner Broadcasting, sebuah anak syarikat Time Warner seperti studio Warner Bros., mempromosi filem ini di saluran TV milik mereka termasuk CNN, TNT, TBS, Adult Swim, TruTV dan Funny or Die.

Box office

Edge of Tomorrow memulakan tayangan teater di beberapa wilayah pada Mei 28, 2014 dan bertambah kepada 28 wilayah pada Mei 30–Jun 1, 2014.[9] Ia mengutip $20.1 juta pada minggu pembukaannya. Pada hujung minggu kedua Jun 6–8, 2014, ia ditayangkan di 36 wilayah tambahan. Edge of Tomorrow mengutip $100.2 juta di Amerika Utara dan $269 juta di wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $369.2 juta.[3] Selepas tayangan teater filem itu, Entertainment Weekly menyatakan ia mendapat sambutan suam box-office walaupun pujian daripada pengkritik.[10]

Rujukan

WikiPedia: Edge_of_Tomorrow_(filem) http://boxofficemojo.com/movies/?id=allyouneediski... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=allyouneed... http://www.edgeoftomorrowmovie.com/ http://www.edgeoftomorrowmovie.com/releasedates/in... http://insidemovies.ew.com/2014/09/30/edge-of-tomo... http://www.filmmusicmag.com/?p=13118 http://www.hitfix.com/news/interview-frozen-compos... http://www.hollywoodreporter.com/news/tom-cruise-s... http://www.imdb.com/title/tt1631867/ http://www.latimes.com/entertainment/envelope/coto...