Edge_of_Tomorrow_(filem)
Edge_of_Tomorrow_(filem)

Edge_of_Tomorrow_(filem)

Edge of Tomorrow (juga dipasarkan dengan slogan Live. Die. Repeat.) ialah sebuah filem sains fiksyen Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Doug Liman. Ia dibintangi Tom Cruise dan Emily Blunt. Lakon layar oleh Christopher McQuarrie, Jez Butterworth dan John-Henry Butterworth ialah berdasarkan novel Jepun 2004, All You Need Is Kill oleh Hiroshi Sakurazaka. Filem ini mengambil tempat pada masa hadapan dimana Bumi diserang oleh makhluk asing. Major William Cage (Cruise), seorang pegawai perhubungan awam yang tidak mempunyai pengalaman pertempuran dipaksa oleh oleh pegawai atasannya untuk menyertai operasi pendaratan terhadap makhluk asing. Walaupun Cage terbunuh dalam pertempuran, dia mendapati dirinya dalam sebuah gelung masa yang menghantar dia kembali ke hari sebelum peperangan setiap kali dia mati. Cage berpasukan dengan pahlawan Pasukan Khas Rita Vrataski (Blunt) untuk meningkatkan kemahiran berlawan ketika hari-hari yang berulang itu, mencari jalan untuk mengalahkan penceroboh ruang angkasa.Pada lewat tahun 2009, 3 Arts Productions membeli hak untuk novel tersebut dan menjual skrip spec kepada studio Amerika Syarikat, Warner Bros. Pictures. Studio itu menghasilkan filem itu dengan penglibatan 3 Arts, penerbit novel Viz Media dan syarikat Australia, Village Roadshow. Pengambaran bermula pada lewat tahun 2012, mengambil tempat di England di Leavesden Studios luar London dan lokasi-lokasi lain seperti Trafalgar Square dan Saunton Sands. Sembilan syarikat mengendalikan kesan visual.Filem ini ditayangkan di teataer pada May 30, 2014, di 28 wilayah, termasuk United Kingdom, Brazil, Jerman, Sepanyol dan Indonesia. Pada June 6, 2014, ia ditayangkan di 36 wilayah tambahan termasuk Amerika Utara (Amerika Syarikat dan Kanada), Australia, China dan Rusia. Filem ini mengutip lebih $369 juta di teater seluruh dunia dan menerima ulasan positif daripada pengkritik.

Edge_of_Tomorrow_(filem)

Bahasa Inggeris
Berdasarkan All You Need Is Kill oleh
Hiroshi Sakurazaka
Lakon layar oleh
Muzik oleh Christophe Beck
Disunting oleh
  • James Herbert
  • Laura Jennings
Pengarah Doug Liman
Syarikat-syarikatpenerbitan
Penerbit
Pecah panggung $369.2 juta[3]
Mula ditayangkan 28 Mei 2014 (2014-05-28) (London IMAX)
Jun 6, 2014 (Amerika Syarikat)
Sinematografi Dion Beebe
Tempoh tayangan 113 minit[1]
Negara Amerika Syarikat[2]
Dibintangi oleh
Pengedar Warner Bros. Pictures
Perbelanjaan $178 juta[3]

Rujukan

WikiPedia: Edge_of_Tomorrow_(filem) http://boxofficemojo.com/movies/?id=allyouneediski... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=allyouneed... http://www.edgeoftomorrowmovie.com/ http://www.edgeoftomorrowmovie.com/releasedates/in... http://insidemovies.ew.com/2014/09/30/edge-of-tomo... http://www.filmmusicmag.com/?p=13118 http://www.hitfix.com/news/interview-frozen-compos... http://www.hollywoodreporter.com/news/tom-cruise-s... http://www.imdb.com/title/tt1631867/ http://www.latimes.com/entertainment/envelope/coto...