Kerjaya Edika_Yusof

Edika menceburi bidang seni secara tidak sengaja, apabila dia menjalani ujibakat semasa bekerja sebagai pelayan di sebuah resort di Cherating, Pahang.[1]

Iklan pertama yang dijayakan oleh Edika ialah iklan Wrangler Jeans bersama Kavita Sidhu.[2]

Bertuah memiliki wajah kacukan, Edika mengorak langkah dalam bidang seni hiburan dengan berlakon sebagai watak utama dalam filem-filem popular era lewat 80an dan 90 an. Selain filem, pada tahun 90an Edika juga pernah memegang watak utama dalam sebuah Cerekarama TV3 bersama aktres ternama Uji Rashid berjudul Abang Muda.

Berikutan Krisis ekonomi 1997, Edika turut terkena tempias, lantas dia mengambil langkah memulakan kerjaya dalam bidang penerbangan dengan bertugas sebagai Pramugara seterusnya melibatkan diri dalam bidang seni reka grafik. Sejak itu dia lebih banyak menumpukan pada tugas barunya itu.

Edika mengundur diri dari bidang seni selepas isteri tercintanya lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka. Atas rasa kasih dan tanggungjawab Edika lebih banyak menghabiskan masa menjaga isteri disamping mengusahakan perniagaan seni reka grafiknya.[3]