Edward_VII_dari_United_Kingdom
Edward_VII_dari_United_Kingdom

Edward_VII_dari_United_Kingdom

Edward VII (juga dikenali sebagai Albert Edward; 9 November 1841 – 6 Mei 1910) merupakan Raja bagi United Kingdom dan dominionnya serta Maharaja India dari 22 Januari 1901 sehinggalah kemangkatannya. Baginda adalah raja pertama dari kalangan Wangsa Sachsen-Coburg dan Gotha, di mana nama wangsa tersebut telah ditukar kepada Wangsa Windsor oleh anakandanya, George V.Sebelum menaiki takhta, Edward berkhidmat sebagai pewaris raja dan memegang gelaran Putera Wales dengan jangka masa yang lebih lama berbanding pemegang-pemegang terdahulu. Pada zaman pemerintahan bondanya, Ratu Victoria yang lama, baginda dikecualikan daripada perkara-perkara berkaitan kuasa siasah dan hanya sebagai lambang kepada gaya hidup elit.Zaman Edward iaitu era yang meliputi garis masa pemerintahan Edward dan nama era tersebut diambil sempena nama baginda. Pada zaman ini, abad baru dan perubahan yang ketara terhadap teknologi dan masyarakat termasuklah pesawat berkuasa bermula serta kebangkitan ideologi sosialisme berlaku di United Kingdom. Pada zaman itu juga, baginda memainkan peranan yang besar dalam memodenkan Armada Utama British (British Home Fleet), melakukan pembaharuan dalam Perkhidmatan Perubatan Tentera (Army Medical Services)[1] dan menyusun semula struktur Tentera British selepas Perang Boer Kedua. Edward juga menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara Eropah yang lain terutamanya Perancis, yang mana baginda telah dikenali sebagai "Pendamai".

Edward_VII_dari_United_Kingdom

Pemerintahan 22 Januari 1901 – 6 Mei 1910
Ayahanda Putera Albert dari Sachsen-Coburg dan Gotha
Durbar Imperial 1 Januari 1903
Pemakaman 20 Mei 1910
Gereja Kecil St. George, Istana Windsor
Tandatangan
Pasangan Alexandra dari Denmark
Bonda Victoria
Kerabat Wangsa Sachsen-Coburg dan Gotha
Anakanda Putera Albert Victor, Duke Clarence
George V
Louise, Puteri Diraja, Duchess Fife
Puteri Victoria
Maud, Permaisuri Norway
Putera Alexander John dari Wales
Nama penuh
Nama penuh
Albert Edward
Pertabalan 9 Ogos 1902
Kemangkatan 6 Mei 1910(1910-05-06) (umur 68)
Istana Buckingham, London, United Kingdom
Didahului oleh Victoria
Keputeraan (1841-11-09)9 November 1841
Istana Buckingham, London, United Kingdom
Perdana Menteri Lihat senarai
Diikuti oleh George V