Dalam
astronomi dan
pandu arah samawi,
efemeris memberikan kedudukan
objek astronomi yang terjadi secara semula jadi serta
satelit buatan di
langit pada
masa tertentu. Dahulu, kedudukan diberikan sebagai
jadual nilai, diberikan pada jea nalar bagi tarikh dan masa. Efemeris moden kerap terkomput secara elektronik daripada model matematik bagi pergerakan objek astronomi dan Bumi. Sungguhpun penghitungan jadual ini merupakan salah satu daripada
gunaan pertama komputer mekanikal, efemeris tercetak masih dikeluarkan, kerana berguna apabila peranti pengkomputan tidak tersedia.Kedudukan astronomi terhitung daripada efemeris diberikan dalam
sistem koordinat kutub sfera bagi
jarak hamal dan
keserongan. Sesetengah daripada fenomena astronomi yang merupakan minat ahli astronomi ialah
gerhana,
gerakan songsang ketara/stesen planet, kemasukan
planet,
waktu sidereus, kedudukan untuk min dan
nodus bulan,
fasa Bulan, dan kedudukan(-kedudukan) bagi
Chiron dan
jasad samawi kecil lain.Efemeris digunakan dalam pandu arah samawi, astronomi dan
astrologi.
Ahli nujum biasanya mempunyai keperluan berlainan daripada ahli astronomi, contohnya, penghitungan
aspek astrologi, dan boleh menghasilkan efemeris yang khas untuk bidang sendiri.