Kerjaya Eka_Sharif

Sebelum menjadi penyanyi, Eka memulakan kerjaya awal sebagai penari dan pernah menganggotai beberapa kumpulan tarian.[3] Beliau juga pernah menjadi penari latar untuk Siti Nurhaliza dan beberapa majlis anugerah hiburan termasuk Anugerah Industri Muzik (AIM).[3]

Pada tahun 2011, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 14 peserta Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan yang turut disertai oleh Ayda Jebat, Amir Jahari dan Raqib Majid. Beliau tersingkir di konsert minggu kedua.[5]

Selepas tamat AF9, pada 2014, beliau bersama Isyariana Che Azmi (kemudian menjadi peserta Akademi Fantasia musim ke-13) menyertai duo Hanarose yang ditubuhkan oleh Cat Farish.[6] Kumpulan ini bernaung di bawah Godzilla Boombox milik Cat dan seterusnya mengeluarkan single sulung mereka bertajuk "Girlfriend" pada April 2014,[7] diikuti oleh single kedua, "Deritaku" yang terpilih sebagai runut bunyi filem Pengantin Malam. Hanarose dibubarkan pada 2016.

Pada 8 Julai 2016, Eka menandatangani kontrak bersama MAP Music dan melancarkan single sulungnya, “Mengenal Cinta”,[8][9] hasil ciptaan beliau sendiri dan Ardiv Jauhari yang menceritakan tentang seseorang yang baru mengenal cinta dan belajar untuk setia.[10] Beliau kemudian melancarkan single keduanya yang bertajuk “Sepenuh Jiwa” pada 24 November 2017, hasil nukilan Puyu dan Razif selaku gitaris Projector Band.[11]

Beliau juga aktif menyanyikan lagu-lagu saduran di aplikasi Smule,[12] sekaligus menerima jolokan Ratu Smule.[13]

Pada tahun 2018, Eka muncul dengan lagu duet pertamanya bersama Projector Band yang bertajuk “Percaya Hati”. Ia mendapat tontonan lebih dari 3 juta di YouTube.[14][15]

Rujukan

WikiPedia: Eka_Sharif http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140902/h... http://www.mapmusic.my/eka-sharif/ http://web.archive.org/web/20160922100229/http://w... http://web.archive.org/web/20180207144857/https://... https://mediapermata.com.bn/majlis-pernikahan-eka-... https://mybuletinmalaysia.blogspot.com/2016/10/eka... https://www.budiey.com/eka-sharif-mengenal-cinta/ https://www.budiey.com/kumpulan-duo-hanarose-bakal... https://www.facebook.com/ekasharif