Am Ekonomi_Amerika_Syarikat

Ciri-ciri terpenting dalam ekonomi Amerika Syarikat ialah kebebasan ekonomi yang membolehkan sektor swasta melakukan kebanyakan keputusan ekonomi dalam penentuan arah dan skala penghasilan ekonomi A.S.[16] yang dipertingkatkan lagi dengan kurangnya pengawalan dan campur tangan kerajaan,[17] di samping sistem kehakiman yang sentiasa melindungi hak milik harta dan menguat kuasa kontrak.

Amerika Syarikat kaya dengan sumber galian dan tanah pertanian yang subur, dan juga bertuah kerana beriklim sederhana, tidak lupa juga berpesisiran panjang di Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, dan Teluk Mexico. Sungai-sungainya mengalir jauh dari pedalaman benua, dan Tasik-Tasik Besar, iaitu lima tasik besar di atas sempadannya dengan Kanada, menyediakan kemudahan perkapalan tambahan. Keluasan perairan ini banyak membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi selama ini serta menyatukan kesemua 50 negerinya dalam satu unit ekonomi tunggal.[18]

Bilangan pekerjanya dan, penting sekali, daya pengeluaran mereka membantu menentukan kesihatan ekonomi A.S. Sepanjang sejarahnya, Amerika Syarikat telah mengalami pertumbuhan berterusan dalam bilangan tenaga kerja, yang menyebabkan dan juga disebabkan oleh peluasan ekonomi tanpa henti. Sehingga akhir Perang Dunia I, kebanyakan pekerjanya ialah pendatang dari Eropah, keturunan mereka, atau hamba abdi yang dibawa dari Afrika, atau keturunan mereka. Mulai awal abad ke-20, datangnya ramai orang Amerika Latin, disusuli oleh ramai pendatang Asia berikutan pemansuhan kuota imigresen berasaskan negara asal. Janji-janji gaji tinggi menarik ramai pekerja berkemahiran tinggi dari seluruh dunia ke Amerika Syarikat.

Di Amerika Syarikat, wujudnya konsep perbadanan sebagai persatuan pemilik (pemegang saham) yang membentuk perusahaan niaga yang dikawal oleh peraturan dan adat yang rumit. Hasil proses penghasilan besar-besaran, perbadanan-perbadanan seperti General Electric memainkan peranan penting dalam membentuk ekonomi Amerika Syarikat. Melalui pasaran saham, bank-bank dan pelabur-pelabur Amerika menjana pertumbuhan ekonomi dengan melaburkan dan mengeluarkan modal dari perbadanan yang menguntungkan. Kini pada zaman globalisasi, pelabur dan syarikat Amerika kuat berpengaruh di seluruh dunia. Kerajaan Amerika juga tergolong di kalangan pelabur utama dalam ekonomi A.S. Pelaburan kerajaan telah ditujukan ke arah kerja-kerja raya (seperti Empangan Hoover), kontrak industri tentera, dan industri kewangan.

Sungguhpun pengguna dan pengeluar melakukan kebanyakan keputusan yang membentuk ekonomi, namun kerajaan berpengaruh besar terhadap ekonomi A.S. di sekurang-kurangnya empat bidang, kerana kerajaan mengamalkan sistem kapitalis. Pengawalan ketat oleh kerajaan terhadap ekonomi A.S. bermula pada awal 1900-an berikutan bangkitnya Progressive Movement; sebelum ini, kerajaan memupuk pertumbuhan ekonomi melalui tarif dan subsidi untuk melindungi industri, membina prasarana, dan menetapkan dasar perbankan, termasuk piawaian emas, untuk menggalakkan simpanan dan pelaburan dalam perusahaan yang berdaya pengeluaran.

Rujukan

WikiPedia: Ekonomi_Amerika_Syarikat http://www.bloomberg.com/markets/currencies/asiapa... http://edition.cnn.com/2008/BUSINESS/03/21/us.rece... http://money.cnn.com/2009/07/29/news/economy/china... http://members.forbes.com/global/2006/0522/032.htm... http://www.reuters.com/article/bondsNews/idUSPEK16... http://www.usatoday.com/news/nation/2005-12-12-imm... http://www.washingtontimes.com/news/2005/dec/12/20... http://news.xinhuanet.com/english/2008-02/27/conte... http://www.bea.gov/national/index.htm http://www.bea.gov/national/nipaweb/TableView.asp?...