Sejarah Ekonomi_Amerika_Syarikat

Sejarah ekonomi Amerika Syarikat berakar umbi di penempatan pendatang Eropah dari abad ke-16 hingga ke-18. Koloni-koloni Amerika berkembang sebagai ekonomi pertanian kecil tetapi bebas, sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1776. Selama 230 tahun, Amerika Syarikat berkembang menjadi sebuah ekonomi perindustrian bersepadu yang besar, yang membentuk lebih daripada sesuku ekonomi dunia, ekoran pasaran bersatu yang besar, sokongan dari sistem politik dan perundangna, tanah ladang berproduktiviti tinggi yang luas kawasannya, kekayaan sumber alam (terutamanya balak, arang dan minyak), dan semangat dan komitmen keusahawanan untuk melaburkan bahan mentah dan modal insan. Hasilnya, KDNK per kapita AS GDP berjaya menyaingi U.K. dan negara-negara lain yang pernah diekorinya dari segi ekonomi. Ekonomi ini sentiasa memastikan gaji lumayan, maka menarik berjuta-juta pendatang dari seluruh dunia.

Selepas Kemelesetan Besar

Selama bertahun-tahun selepas Kemelesetan Besar pada 1930-an, kerajaan cuba memperkukuhkan ekonominya dengan berbelanja secara berlebihan atau memotong cukai agar para pengguna berbelanja lebih juga, serta memupuk pertumbuhan pesat dalam bekalan wang yang turut menggalakkan peningkatan perbelanjaan. Pada 1970-an, masalah ekonomi akibat kerugian perang Vietnam, kenaikan harga besar terutamanya bagi bekalan tenaga, menyebabkan kegusaran akan berlakunya inflasi. Oleh itu, kepimpinan kerajaan memberi tumpuan kepada pengawalan inflasi dengan mengehadkan perbelanjaan.

Cadangan-cadangan langkah terbaik untuk menstabilkan ekonomi banyak berubah dari 1960-an hingga 1990-an. Pada 1960-an, kerajaan amat mempercayai dasar fiskal dalam bentuk manipulasi pendapatan kerajaan untuk mempengaruhi ekonomi. Disebabkan perbelanjaan dan cukai dikawal oleh presiden dan Kongres Amerika Syarikat, pegawai-pegawai terpilih ini memainkan peranan utama dalam menentukan hala tuju ekonomi negara. Keyakinan terhadap dasar fiskal sebagai pengawal kegiatan ekonomi mudah terjejas oleh inflasi tinggi, pengangguran tinggi dan kurangan belanjawan kerajaan yang besar, sehingga diatasi oleh dasar kewangan.

Sejak mengalami stagflasi pada 1970-an, ekonomi A.S. disifatkan lebih perlahan pertumbuhannya dan mengalami kurangan perdagangan dengan negara lain. Kemelesetan terburuk dari segi pengurangan keluaran, berlaku ketika krisis minyak pada tahun 1973-75, yang menyebabkan KDNK jatuh 3.1%, diikuti kegawatan 1981-82, apabila KDNK jatih 2.9%.[11] Keluaran turut terjejas 1.3% pada kegawatan 1990-91, dan cuma 0.3% dalam kemelesetan 2001 yang hanya bertahan selama lapan bulan.[11]

Amerika Syarikat menyambut tahun 2008 ketika mengalami pembetulan pasaran perumahan, krisis gadai janji subprima dan kemerosotan nilai dolar.[12] Pada 1 Disember 2008, NBER mengumumkan bahawa Amerika Syarikat mengalami kemelesetan ekonomi sejak Disember 2007.[13]

China, memegang $801.5 bilion bon perbendaharaan, ialah pembiaya luar negara terbesar untuk hutang awam Amerika Syarikat yang tercatat.[14] China owns an estimated $1.6 trillion of U.S. securities.[15]

Rujukan

WikiPedia: Ekonomi_Amerika_Syarikat http://www.bloomberg.com/markets/currencies/asiapa... http://edition.cnn.com/2008/BUSINESS/03/21/us.rece... http://money.cnn.com/2009/07/29/news/economy/china... http://members.forbes.com/global/2006/0522/032.htm... http://www.reuters.com/article/bondsNews/idUSPEK16... http://www.usatoday.com/news/nation/2005-12-12-imm... http://www.washingtontimes.com/news/2005/dec/12/20... http://news.xinhuanet.com/english/2008-02/27/conte... http://www.bea.gov/national/index.htm http://www.bea.gov/national/nipaweb/TableView.asp?...