Krisis gadai janji subprima ialah
krisis ekonomi yang timbul dengan penguncupan
kecairan dalam sistem perbankan. Kemerosotan dalam pasaran perumahan
Amerika Syarikat, amalan berisiko dalam memberi pinjaman dan meminjam, kadar tinggi hutang individu dan korporat menyebabkan banyak kesan buruk kepada ekonomi dunia. Krisis ini yang berasal pada tahun-tahun akhir abad ke-20 menjadi ketara sepanjang tahun 2007 dan 2008, dan telah melepasi pelbagai tingkat yang mendedahkan kelemahan menyeluruh sistem kewangan dan rangka kerja pengawalan global.Krisis bermula dengan pecahnya
gelembung perumahan Amerika Syarikat[1][2] dan kadar ingkar tinggi
gadai janji kadar boleh laras "
subprima" dan lain-lain yang diberi kepada peminjam berisiko tinggi berpendapatan rendah atau
sejarah kreditnya tidak baik berbanding peminjam "prima". Insentif pinjaman dan arah aliran harga perumahan kian meningkat dalam jangka panjang menggalakkan peminjam memperoleh gadai janji dengan percaya bahawa mereka akan mampu membiayai semula pada kadar yang lebih bagus pada masa akan datang. Bagaimanapun, setelah harga perumahan mula menurun secara sederhana pada tahun 2006-2007 di kebanyakan tempat di A.S., maka pembiayaan semula makin sukar. Kegiatan
keingkaran dan penutupan gadai janji meningkat secara mendadak kerana kadar faedah gadai janji kadar boleh laras ditetapkan lebih tinggi. Pada tahun 2007, hampir 1.3 juta harta perumahan A.S. tertakluk pada kegiatan penutupan gadai janji, lebih 79% berbanding tahun 2006.
[3] Pada
22 Disember 2007,
The Economist menganggarkan keingkaran subprima akan mencapai takat antara AS$200-300 bilion.
[4]Pemberi peminjam gadai janji yang mengekalkan
risiko kredit (kebarangkalian kegagalan membayar balik) adalah yang pertama untuk merasai kesannya kerana peminjam sudah tidak mampu atau tidak sanggup membayar. Bank-bank utama dan institusi kewangan lain di seluruh dunia turut mencatatkan kerugian kira-kira AS$200 bilion pada 1 April 2008. Gara-gara suatu bentuk kejuruteraan kewangan bergelar
pengsekuritian, ramai pemberi gadai janji menyerahkan hak kepada bayaran gadai janji dan risiko kredit berkenaan kepada pelabur pihak ketiga melalui
sekuriti disokong gadai janji (mortgage-backed securities, MBS) dan
tanggungan hutang bercagar (collateralized debt obligation, CDO). Pelabur-pelabur korporat, individu dan
institusi yang memegang MBS atau CDO berhadapan dengan kerugian besar kerana nilai aset gadai janji sandaran sudah merosot.
Pasaran saham di kebanyakan negara turut terjejas berikutan ini.Sebaran risiko kredit secara berleluasa dan kesan yang kurang jelas pada institusi kewangan mendorong para pemberi pinjaman mengurangkan kegiatan pinjaman atau mengenakan kadar faedah lebih tinggi. Begitu juga, kemampuan syarikat memperoleh dana melalui pengeluaran
kertas perdagangan turut terjejas. Aspek krisis ini seiring dengan
luluh kredit. Kebimbangan
kecairan itu mendorong bank-bank pusat di seluruh dunia mengambil tindakan untuk menyediakan dana kepada bank-bank anggota untuk menggalakkan pinjaman dana kepada peminjam yang wajar serta menguatkan semula pasaran kertas perdagangan.Krisis subprima ini juga membantut
pertumbuhan ekonomi, kerana pinjaman berkurangan atau lebih mahal mengurangkan pelaburan perniagaan dan perbelanjaan pengguna yang memacu ekonomi. A separate but related dynamic is the downturn in the housing market, where a surplus inventory of homes has resulted in a significant decline in new home construction and housing prices in many areas. This also places downward pressure on growth.
[5] Oleh sebab kadar faedah pada sebilangan besar gadai janji kadar boleh laras subprima dan lain-lain dijangka dinaikkan pada tempoh tahun 2008,
para penggubal undang-undang dan
Jabatan Perbendaharaan A.S. mengambil tindakan. Satu rancangan sistematik bagi mengehadkan atau menunggakkan defer pelarasan kadar faedah dilaksanakan untuk mengurangkan kesan itu. Selain itu, para pemberi pinjaman dan peminjam yang berhadapan dengan kegagalan membayar balik digalakkan untuk bekerjasama agar membolehkan peminjam terus tinggal di rumah mereka. Kesan-kesan terhadap ekonomi lebih luas akibat krisis pasaran kewangan dan kemelesetan pasaran perumahan merupakan faktor-faktor utama dalam beberapa keputusan yang diambil oleh Rizab Persekutuan A.S. untuk memotong kadar faedah serta
pakej rangsangan ekonomi yang dimeterai Presiden
George W. Bush pada
13 Februari 2008.
[6][7][8] Walau bagaimanapun, pada minggu
14 September 2008 krisis menjadi parah menjadi
krisis kewangan global. Berikutan banyaknya tindakan campur tangan dalam pasaran bersifat
ad hoc untuk menjamin firma-firma tertentu,
cadangan bernilai $700 bilion dibentangkan kepada Kongres A.S. pada bulan September 2008, bertujuan memangkin semula pertumbuhan ekonomi serta memulihkan keyakinan terhadap pasaran kewangan. Pada
3 Oktober 2008, satu versi rang undang-undang yang dipinda akhirnya dijadikan undang-undang.