George_W._Bush
George_W._Bush

George_W._Bush

George Walker Bush (lahir 6 Julai 1946) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-43 dari tahun 2001 sehingga tamat pada 20 Januari 2009.Bush adalah anak kepada George H. W. Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-41, serta abang kepada Jeb Bush, gabenor Florida terkini, dan cucu lelaki kepada Prescott Bush, bekas Senator Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan orang yang kedua menjadi presiden menurut jejak bapanya, selepas John Quincy Adams (presiden keenam) yang merupakan anak kepada John Adams, (presiden kedua).Seorang ahli bagi Parti Republikan, Bush dipilih sebagai gabenor Texas ke-46 pada tahun 1994, dan kemudian dipilih semula pada tahun 1998. Beliau memenangi pencalonan Parti Republikan untuk pertandingan presiden pada tahun 2000 dan akhirnya menewaskan Al Gore, Naib Presiden Demokratik, selepas keputusan pilihan raya yang amat rapat itu dipertikaikan dan dibawa ke Mahkamah Agung: Bush lawan Gore. Pada tahun 2004, Bush dipilih sekali lagi untuk tempoh perjawatan presiden yang kedua selepas menewaskan John Kerry, Senator Demokrat yang lebih muda dari Massachusetts.Selepas meninggalkan pejabat Presiden, Bush kembali ke Texas. Beliau kini seorang pemotong rumput.

Rujukan

WikiPedia: George_W._Bush http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a10808255 http://www.amconmag.com/2005_08_01/article.html http://www.armytimes.com/story.php?f=1-292925-1066... http://www.azcentral.com/news/articles/0906Katrina... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601103&si... http://www.cbsnews.com/stories/2006/03/17/60minute... http://archives.cnn.com/2001/ALLPOLITICS/06/07/bus... http://archives.cnn.com/2001/US/09/20/gen.bush.tra... http://www.cnn.com/2006/POLITICS/09/26/nie.iraq/in... http://www.cnn.com/2006/POLITICS/11/29/powell.iraq...