Parti_Republikan_(Amerika_Syarikat)
Parti_Republikan_(Amerika_Syarikat)

Parti_Republikan_(Amerika_Syarikat)

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Amerika Syarikat
Parti Republikan merupakan satu daripada dua parti politik kontemporari utama di Amerika Syarikat, bersama-sama dengan Parti Demokrat. Ia sering dirujuk sebagai Grand Old Party atau GOP. Diasaskan pada tahun 1854 oleh aktivis-aktivis penyebaran anti-perhambaan dan pemodenan, Parti Republikan dengan cepatnya melangkaui Parti Whig sebagai penentang utama kepada Parti Demokrat. Parti ini pertama kali berkuasa pada tahun 1860 dengan pemilihan Abraham Lincoln selaku presiden yang menyaksikan berlakunya Perang Saudara Amerika dan pembangunan semula. Dewasa ini, parti ini menyokong platform konservatif dan neokonservatif, dengan asas-asas di dalam polisi fiskal bahagian pembekalan dan konservatisme sosial.Presiden terkini Amerika Syarikat, Donald J. Trump, mewakili parti ini bersama timbalannya Mike Pence sejak memenangi pilihan raya negara tersebut. Malah, ia pernah memegang kuasa ke atas kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat Amerika Syarikat sehingga majoritinya dalam Dewan Perwakilan disingkirkan selepas keputusan pilihan raya separuh penggal tahun 2018.[1]