Ekonomi_Cuba
Ekonomi_Cuba

Ekonomi_Cuba

Sistem ekonomi Cuba diselaras secara terancang dan didominasi oleh perusahaan yang dikawal selia kerajaan. Kebanyakan pengeluaran dan tenaga kerjanya dimiliki serta diuruskan oleh kerajaan. Bagaimanapun kebelakangan ini kerajaan menggalakkan bentuk kerjasama dan perusahaan persendirian. Kerajaan menetapkan kebanyakan harga barangan dan pengagihan bekalan makanan pada rakyatnya. Rakyat Cuba menerima agihan keperluan makanan setiap bulan dan dibenarkan membeli melalui pusat agihan dipanggil "bondega" atau kedai yang mengedarkan bekalan ini. Cuba antara pengeluar utama tebu dan tembakau. Pengeluaran gula Cuba merangkumi satu pertiga daripada jumlah pengeluaran industri negara. Ia juga mewakili 80 peratus nilai eksport Cuba. Namun akibat daripada kejatuhan Kesatuan Soviet, Blok Timur dan sekatan ekonomi Amerika Syarikat, ekonomi Cuba terjejas teruk. Oleh itu, Cuba mula memperkenalkan bentuk pasaran terbuka pada tahun 1993 dalam sebahagian bidang perniagaan bagi membeli prospek baharu. Sedikit demi sedikit negara Cuba mula mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Ekonomi_Cuba

Barangan yang diimport petroleum, makanan, mesin dan peralatan, bahan kimia[15]
Eksport $2.458 bilion f.o.b. (2009 est.)[11]
Import $8.963 bilion f.o.b. (2009 est.)[14]
KDNK mengikut sektor Agriculture: 4.3%, industri: 21.6%, servis: 74% (2009 est.)[5]
Populasidibawah garis kemiskinan 1.5% (2006)
Barangan yang dieksport Gula, produk perubatan, nikel, kerang, jeruk, kopi[12]
Industri utama Gula, petroleum, tembakau, pembinaan, nikel, keluli, simen, mesin pertanian, farmaseutikal[10]
Bantuan ekonomi $87.8 juta (2005 est.)
Hasil negara $35.01 bilion (2007 est.)
Pertumbuhan KDNK 2.7% (2011 est.)[3]
Kedudukan Ke-95
Rakan dagangan import utama  Venezuela 36.4%
 China 10.5%
 Sepanyol 8.7%
 Brazil 5.1%
 Amerika Syarikat 4.2% (2012 est.)[16]
Tahun fiskal yes
KDNK $72.3 bilion (2012 est.)[1]$121 bilion (2012 est.)[2] (PPP)
Hutang awam $19.44 bilon (31 Disember 2009 est.);[17] dan $20.8 bilion hutang kepada Russia, $0.9 hutang kepada Romania dan $0.2 billion hutang kepada Hungary
Rakan dagangan eksport utama  Kanada 17.3%
 China 16.6%
 Venezuela 12.7%
 Belanda 8.8%
 Sepanyol 5.8% (2012 est.)[13]
Mata wang Peso Cuba (CUP) = 100 centavo dan Cuban Convertible Peso (CUC) = 24 CUP
KDNK per kapita $10,200 (2010 est.)[4] (PPP)
Tenaga buruh mengikut pekerjaan Pertanian: 20%, industri: 19.4%, servis: 60.6% (2005)[8]
Tenaga buruh 5.159 juta (Sektor awam: 78%, Sektor peribadi: 22%) (2009 est.)[7]
Pengangguran 3.8% (2012 est.)[9]
Perbelanjaan $36.73 bilion (2007 est.)
Inflasi (CPI) 1.5% (2009 est.)[6]