Ekor paus (
bahasa Inggeris: Whale tail) ialah
ikatan pinggang berbentuk Y pada
seluar dalam thong atau
tali G yang menyerupai ekor
ikan paus apabila dinampak di atas garis pinggang
seluar jean naik rendah,
seluar pendek, atau
skirt.
[1][2][3] Ia didedahkan di atas seluar, baik secara sengaja mahupun tidak, biasanya sewaktu duduk atau semasa membongkok, tetapi kekadang juga sewaktu berdiri. Kekerapan pendedahannya bergantung kepada gaya seluar, gaya
seluar dalam, dan cara seluar dipakai.
[4] Pendedahan ekor paus menjadi popular pada awal
2000-an, sempena kebangkitan seluar jean naik rendah dan seluar dalam thong. Bagaimanapun, arah aliran itu yang dipopularkan oleh sebilangan orang yang terkenal, termasuk
Christina Aguilera,
Victoria Beckham,
Mariah Carey,
Melanie Blatt,
Paris Hilton,
Jordan,
Anna Kournikova, dan
Britney Spears, kemudian merosot dalam dekad yang sama.Seluar seperti
seluar jean naik rendah atau
seluar pemeluk pinggul dan
seluar dalam thong potongan lebih tinggi direka cipta khas semata-mata untuk meningkatkan dedahan ekor paus.
[1][4][5] Arah alirannya juga dikaitkan dengan arah aliran untuk menonjolkan
tatu bahagian belakang bawah.
[6]Pada Januari
2006, perkataan "ekor paus" telah dipilih oleh American Dialect Society (Persatuan Dialek Amerika) sebagai "perkataan yang paling kreatif" dalam tahun
2005. Selain daripada pakaian,
spoiler belakang yang direka khas untuk
Porsche 911 dan kereta yang lain juga dikenali sebagai "ekor paus", sebagaimana juga halnya dengan hujung sejenis
salur darah. Konsep
garis tampak seluar dalam,
belahan punggung, dan
lendutan juga amat berkait dengan konsep ekor paus.