Electronic_Entertainment_Expo

Electronic Entertainment Expo (bahasa Melayu: Ekspo Hiburan Elektronik), seringkali disingkatkan sebagai E3, merupakan sebuah ekspo untuk industri permainan video komputer dan lain-lain dipersembahkan oleh Entertainment Software Association (ESA). Ekspo ini digunakan oleh ramai pembangun permainan video untuk menunjukkan judul-judul permainan video mereka yang akan datang selain daripada perkakas komputer. E3 dianggap sebagai salah satu ekspo terulung dalam industri permainan video[1] dan kebanyakan para kritik permainan video, termasuklah GameSpot, G4, IGN dan Game Informer Magazine merekodkan ekspo tahunan ini secara rutin dan kadang-kala mempersembahkan beberapa siri anugerah E3.

Electronic_Entertainment_Expo

Status Aktif
Dianjurkan oleh Entertainment Software Association
Kehadiran 40,000+ (pendaftaran industri sahaja) 1995–2006, 2009–terkini
3,000–5,000 (undangan sahaja) 2007–2008
Status pemfailan Bukan berasaskan keuntungan
Lokasi Variasi
Ditubuhkan 1995
Negara Amerika Syarikat
Genre Genre bervariasi
Tempat Variasi