Kerjaya Elfaeza_Ul_Haq

Dilahirkan di Jurong, Singapura, anak kedua daripada empat adik-beradik ini memulakan kerjaya dalam bidang seni ketika berusia 18 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian di Singapura iaitu Anugerah anjuran MediaCorp Suria pada tahun 2003 dan selepas itu barulah beliau terjun ke bidang lakonan. Beliau mula menjejak kaki ke Malaysia ketika berumur 23 tahun dengan membintangi drama Impak Maksima the Series dan KL Menjerit The Series pada tahun 2008 walaupun hanya memegang watak kecil saja. Nama Elfaeza mula dikenali kerana membintangi drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa pada tahun 2012.[2]