Kerjaya Elica_Paujin

2017: Mentor Milenia 2017

Rencana utama: Mentor Milenia 2017

Elica terpilih untuk menyertai Mentor Milenia 2017 dan berjaya menarik minat Akim untuk menjadikan Elica protégé beliau. Elica berjaya ke peringkat akhir rancangan tersebut dan berdepan empat pesaing iaitu Usop (Muhammad Saiful Naim Muhd Noor), Along (Mohamad Rozaimi Rosli) dan Syeera (Nur Syaheera Abd Aziz).[6]

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Mentor Milenia 2017:

Persembahan dan Keputusan Mentor Milenia 2017
MingguLaguArtisKeputusan #
Minggu 1"Hurt"Christina Aguilera-
Minggu 2"Akhirnya Kini Pasti"Anita Sarawak-
Minggu 3"Mama Aku Ingin Pulang"Nike Ardilla1
Minggu 4"Obses"Akim & The Majistret1
"Janji Manismu"Aishah
Minggu 5"Benci Tapi Rindu"Diana NasutionDua terbawah
Minggu 6"Bang Bang"Ariana Grande, Nicki Minaj & Jessie J-
Minggu 6"Rindu Bertandang Lagi"Datuk Hattan-
Suku akhir"Bosan"Stacy-
Separuh akhir"Bertamu di Kalbu"Jaclyn VictorDua terbawah
"Secret Love Song" (bersama Akim)Little Mix
Akhir"Ceritera Cinta" (bersama Hael Husaini)Jaclyn Victor & Rio FebrianJuara
"Samar Bayangan"Nicky Astria

2017–kini: Single pertama dan Rhythm & Rhyme Entertainment

Elica melancarkan single pertama beliau, "Bila Nanti" pada Jun 2017 melalui Paradox Music.[7] Walaubagaimanapun, single tersebut gagal meraih sambutan daripada para peminat.[2] Elica merupakan antara artis kelahiran Sabah yang mengadakan persembahan di Festival Muzik dan Pameran Eko Pelancongan Tambunan yang diadakan pada 25 November 2017 bagi mempromosikan Tahun Melawat Tambunan 2017.[8] Artis yang terlibat termasuk Rosario Bianis, Francis Landong, Esther Applunius Chin, George Lian, Jestie Alexius, dan lain-lain.[8]

Mulai Mac 2018, beliau bernaung di bawah pengurusan Rhythm & Rhyme Entertainment.[2] Pada Oktober 2018, Elica terpilih untuk mewakili Malaysia ke Festival K-Pop Dunia Changwon 2018 dalam kategori vokal.[4] Single kedua Elica yang berentak K-pop, "Kau Lah!" dilancarkan pada November 2018.[2]

Rujukan

WikiPedia: Elica_Paujin http://www.encikshino.com/biodata-elica-juara-ment... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/1... http://www.utusan.com.my/hiburan/kejutan-elica-di-... https://itunes.apple.com/us/album/bila-nanti-singl... https://www.budiey.com/siapa-juara-mentor-milenia-... https://www.facebook.com/Elica-Paujin-523475608061... https://www.instagram.com/elicapaujin_/ https://www.sabahnewstoday.com/ben-simon-ungguli-j... https://www.youtube.com/watch?v=JwUiH5EUVo0 https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/...