Presiden Elpidio_Quirino

Apabila Manuel Roxas, Presiden Filipina merdeka yang pertama, meninggal dunia pada 15 April 1948 akibat serangan jantung, Quirino, yang ketika itu merupakan Naib Presiden, mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Filipina dua hari kemudian iaitu pada 17 April 1948 di Istana Malacanang. Berakhirlah era Manuel Roxas dan bermulanya era Quirino.