Elsevier
Elsevier

Elsevier

Elsevier (Sebutan Belanda: [ˈɛlzəviːr]) merupakan salah satu pembekal utama dunia maklumat saintifik, teknikal dan perubatan, dan teknologi yang dibangunkan pada tahun 1880. [1][2] Ia merupakan sebahagian daripada RELX Group,[3] yang dikenali sebagai Reed Elsevier sehingga tahun 2015. Antara jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh Elsevier adalah The Lancet dan Cell, serta pangkalan data ScienceDirect, Scopus dan Mendeley.Elsevier menerbitkan kira-kira 400,000 artikel setahil di dalam 2,500 jurnal. [1] Ia turut menyimpan lebih 13 juta dokumen dan 30,000 buku elektronik.[4] Jumlah muatturun dalam setahun pula adalah kira-kir 900 juta.[1]Elsevier turut mencatat margin keuntungan yang tinggi (37% pada 2015[1]) dan amalan hakciptanya turut menjadi kritikan para penyelidik. [5]