Menu
Emas AplikasiEmas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke-20.
Kegunaan lain:
Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dolar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia keempat ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja.
Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.
Pada 14 Ogos 2010, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melancarkan Dinar dan Dirham Kelantan dan menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak sebagai mata wang syariah. Dinar tersebut dicetak mengikut World Islamic Mint (WIM), Dubai.[petikan diperlukan]
Menu
Emas AplikasiBerkaitan
Emas Emas sebagai pelaburan Emas (warna) Emas (saluran TV) Emas sejemput Ema Syuhaili Mohamad Sukor E. Mason Hopper Eman Manan Emosi EmacsRujukan
WikiPedia: Emas http://www.e-gold.com/ http://environmentalchemistry.com/yogi/periodic/Au... http://www.galmarley.com http://www.kitco.com http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://periodic.lanl.gov/elements/79.html http://en.wikipedia.org/wiki/Chemical_elements_dat... http://en.wikipedia.org/wiki/Gold#cite_note-World_... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb133184606