Embun_(filem)
Embun_(filem)

Embun_(filem)

Embun ialah tajuk bagi sebuah filem Malaysia berunsurkan drama, peperangan dan romantis yang pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2002 (iaitu dibuka pada 1 Ogos, kebetulannya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara ketika itu). Filem arahan Erma Fatima ini yang panjangnya 135 minit ini dibintangi Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin dan Izi Yahya dan diterbit oleh Filem Negara Malaysia. Dialog filem Embun berbahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.Filem ini merupakan usahasama Filem Negara Malaysia dan FINAS.[1]