Emma_Bunton
Emma_Bunton

Emma_Bunton

Emma Lee Bunton (lahir 21 Januari 1976) ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon, personaliti televisyen dan radio England. Beliau ialah ahli kumpulan Spice Girls yang ditubuhkan pada 1990, dan di mana Bunton diberi jolokan Baby Spice. Pada tahun 2013, beliau mula bertugas sebagai juruhebah radio Heart Breakfast Show di London bersama Jamie Theakston dan mengacarakan rancangannya sendiri pada petang Ahad. Beliau meninggalkan rancangan itu pada 2018.Album solo pertama Bunton, A Girl Like Me, dikeluarkan pada April 2001 oleh Virgin Records. Album ini menduduki nombot empat di Carta Album UK. Ia menerima pensijilan emas oleh Industri Fonografi British untuk jualan melebihi 100,000 salinan,[2] dan menjadi album paing laris ke-147 di UK untuk 2001.[3] Album ini mempertaruhkan single nombor satu UK dan New Zealand "What Took You So Long?", dan juga "What I Am" dan "Take My Breath Away" serta "We're Not Gonna Sleep Tonight".Album studio kedua Bunton, Free Me, dikeluarkan pada February 2004 oleh 19 Entertainment. Empat single dikeluarkan daripada album ini: "Free Me", "Maybe", "I'll Be There" dan "Crickets Sing for Anamaria". Album ini juga dikeluarkan di Amerika Syarikat, dan beberapa singlenya menduduki carta tarian AS.Selepas album studio ketiganya, Life in Mono dikeluarkan, Bunton kembali bersatu bersama Spice Girls pada 2007 untuk jelajah antarabangsa dan album hits terhebat. Dari 2003 hingga 2012 Bunton menjayakan watak berulang dalam siri komedi BBC Absolutely Fabulous. Beliau beraksi di majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas 2012 pada 12 Ogos 2012 bersama Spice Girls. Ini merupakan kali terakhir mereka beraksi sebagai sebuah kuintet. Sejak 2018, Bunton kembali bersama Spice Girls bersama-sama Geri Halliwell, Melanie C dan Mel B.Penampilan televisyen Bunton termasuk sebagai juri rancangan ITV Dancing on Ice (2010–2011) dan Your Face Sounds Familiar (2013). Selain itu, beliau menyumbangkan suaranya untuk watak Muhimu dalam versi UK episod "The Mbali Fields Migration" di siri Disney Junior The Lion Guard.[4]Bunton melancarkan single pertamanya dalam tempoh 12 tahun, "Baby Please Don't Stop" pada Februari 2019, sebagai persediaan untuk album keempatnya My Happy Place.

Emma_Bunton

Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
  • personaliti media
Pasangan Jade Jones (1998–1999, 2000–2002, 2004–kini)
Anak 2
Tahun aktif 1994–kini
Majikan Global
Nama lain Baby Spice
Pengkarya berkait
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman
Kelahiran Emma Lee Bunton
(1976-01-21) 21 Januari 1976 (umur 44)
Finchley, London, England
Genre Pop[1]
Kediaman Barnet, London. England