Emoji
Emoji

Emoji


Emoji (bahasa Jepun: 絵文字 (えもじ)) merupakan lambang ideogram dan smiley yang digunakan dalam pesanan elektronik dan laman web. Emoji terdapat dalam pelbagai jenis, termasuklah air muka, benda-benda, tempat-tempat, cuaca dan haiwan. Walaupun serupa dengan emotikon, tetapi emoji sebenarnya merupakan gambar dan bukan tipografik (olahan aksara menjadi gambaran).[4] Perkataan emoji berasal dari bahasa Jepun, terdiri daripada e (絵, "gambar") + moji (文字, "aksara"); keserupaannya dengan perkataan emosi dan emotikon sekadar kebetulan. Kod skrip ISO 15924 bagi emoji ialah Zsye.Berasal dari telefon bimbit Jepun pada tahun 1997, penggunaan emoji merebak ke seluruh dunia pada tahun 2010-an setelah dimasukkan ke dalam beberapa sistem operasi mudah alih.[5] Emoji kini dianggap sebagai sebahagian besar daripada budaya popular di negara-negara barat.[6] Pada tahun 2015, Penerbit kamus Oxford menamakan emoji U+1F602 😂 FACE WITH TEARS OF JOY (wajah tangisan kegembiraan) sebagai Perkataan Tahun Ini.

Emoji

Diperuntukkan 1,273 mata kod
Set simbol Emoji
Satah Tidak diperuntukkan satah
12.0 1,273 (+61)
11.0 1,212 (+66)
3.0 81 (+2)
10.0 1,146 (+56)
4.0 97 (+8)
3.2 89 (+8)
4.1 113 (+16)
5.1 117 (+4)
6.0 860 (+716)
6.1 873 (+13)
5.2 144 (+27)
7.0 977 (+104)
8.0 1,018 (+41)
9.0 1,090 (+72)
1.0.0 79 (+79)

Rujukan

WikiPedia: Emoji http://www.huffingtonpost.com/2014/06/27/emoji-mea... http://nymag.com/daily/intelligencer/2014/11/emoji... https://www.dailydot.com/debug/emoji-miscommunicat... https://www.nbcnews.com/video/how-emojis-took-cent... https://www.nytimes.com/2015/07/18/nytnow/letting-... https://www.nytimes.com/2015/10/21/technology/how-... https://www.theguardian.com/commentisfree/2015/aug... https://www.theguardian.com/technology/2015/feb/06... https://www.washingtonpost.com/news/morning-mix/wp... https://unicode.org/Public/emoji/latest/emoji-data...