Sejarah Emoji

Pembangunan emoji didahului oleh emotikon berasaskan teks[7] dan juga representasi grafik di dalam dan luar negara Jepun.

Telefon mudah alih terawal di Jepun yang diketahui menyertakan set emoji dikeluarkan oleh syarikat J-Phone pada 1 November 1997. Antara 90 emoji dalam set itu termasuklah banyak yang akan ditambahkan ke dalam Piawaian Unicode, seperti "Pile of Poo". Namun begitu, emoji itu kurang digunakan kerana telefon berkenaan terlalu mahal.

Pada 1999, Shigetaka Kurita mencipta set emoji pertama yang digunakan secara meluas. Kurita merupakan anggota pasukan yang mengusahakan platform Internet mudah alih i-mode untuk NTT DoCoMo. Beliau mendapat inspirasi daripada ramalan cuaca yang menggunakan simbol untuk menandakan cuaca, aksara Cina dan papan tanda jalan, dan juga komik manga yang menggunakan simbol-simbol ulang pakai untuk menyatakan emosi, misalnya mentol lampu sebagai tanda inspirasi. Emoji mula-mula digunakan oleh syarikat telekomunikasi mudah alih Jepun NTT DoCoMo, au, dan SoftBank Mobile (dahulunya Vodafone). Setiap syarikat tersebut menentukan varian emoji tersendiri mengikut piawaian masing-masing. Set pertama 176 emoji bersaiz 12ร—12 piksel dicipta untuk ciri-ciri mesej i-mode untuk memudahkan perhubungan elektronik di samping membezakan i-mode daripada pesaingnya. Kurita mencipta 180 emoji pertama berasaskan air muka orang dan benda-benda lain di sekitar bandar.

Untk i-mode NTT DoCoMo, setiap butir emoji terlukis di atas grid 12ร—12 piksel. Setiap simbol emoji yang dikirim adalah ditetapkan sebagai satu jujukan dua bait dalam julat kegunaan peribadi (private use area) E63E hingga E757 dalam ruang aksara Unicode, ataupun F89F hingga F9FC untuk Shift JIS. Spesifikasi asasnya mempunyai 1706 simbol, ditambah 76 lagi untuk peranti yang menyokong C-HTML 4.0.

Simbol emoji yang digunakan oleh jenama telefon mudah alih Jepun Au ditetapkan dengan teg IMG, sementara emoji SoftBank Mobile tercakup dalam jujukan lepasan SI/SO, malah menyokong warna dan animasi.

Mulai tahun 2010, beberapa set aksara emoji telah diterapkan ke dalam Unicode, sistem pengindeksan aksara yang seragam, supaya dapat digunakan di luar Jepun dan diseragamkan untuk pelbagai sistem operasi.

Beratus-ratus aksara emoji dikodkan dalam Piawaian Unicode versi 6.0 keluaran Oktober 2010 (dan juga dalam piawaian antarabangsa ISO/IEC 10646 yang berkenaan). Penambahan yang mula-mula dipohon oleh syarikat Google (Kat Momoi, Mark Davis, dan Markus Scherer menulis draf pertama untuk dipertimbangkan oleh Unicode Technical Committee pada Ogos 2007) dan Apple Inc. (yang ahlinya Yasuo Kida dan Peter Edberg menyertai usul UTC rasmi yang pertama untuk 607 aksara pada Januari 2009) telah melalui proses pengulasan berturut-turut oleh ahli-ahli Unicode Consortium dan badan-badan penstandardan pelbagai negara yang menyertai ISO/IEC JTC1/SC2/WG2, khususnya Amerika Syarikat, Jerman, Ireland (diketuai Michael Everson), dan Jepun; pelbagai aksara baharu (terutamanya lambang peta dan tanda jalan Eropah) ditambahkan sepanjang proses mencapai kata sepakat. Pengekodan dalam piawaian Unicode telah membolehkan emoji untuk menjadi popular di luar Jepun. Set emoji teras dalam Unicode 6.0 terdiri daripada 722 aksara; 114 daripadanya dipetakan pada jujukan satu atau lebih aksara dalam piawaian Unicode pra-6.0, sementara 608 yang selebihnya dipetakan pada jujukan satu atau lebih aksara yang diperkenalkan dalam Unicode 6.0. Tiadanya blok yang dikhususkan untuk emoji; simbol-simbol baharu itu dikodkan dalam tujuh blok yang berbeza (ada yang baru dicipta), malah terdapat fail data Unicode data file bernama EmojiSources.txt yang merangkumi pemetaan antara Unicode dan set-set tinggalan syarikat Jepun. "Regional Indicator Symbols" tergolong dalam set aksara ini sebagai alternatif daripada mengekodkan aksara-aksara berasingan bagi bendera kebangsaan.

Populariti emoji telah menyebabkan pembekal perkhidmatan dan pasaran antarabangsa menggesa agar ditambah lagi rekaan emoji ke dalam Unicode untuk memenuhi permintaan pelbagai budaya. Unicode 7.0 menambah kira-kira 250 emoji, kebanyakannnya dari fon Webdings dan Wingdings. Sesetengah aksara yang kini ditakrifkan sebagai emoji adalah diwarisi daripada pelbagai sistem pesanan pra-Unicode yang tidak terhad penggunaannya kepada Jepun, termasuklah Yahoo dan MSN Messenger. Unicode 8.0 menambah 41 lagi emoji, termasuk barang-barang kelengkapan sukan seperti kayu pemukul kriket, barang makanan seperti taco, lambang-lambang Zodiak, air muka baharu, dan simbol-simbol tempat ibadah. Tuntutan korporat untuk penyeragaman emoji telah memberikan tekanan kepada Unicode Consortium, sehingga sesetengah ahli mengadu bahawa emoji telah mengatasi fokus asal pertubuhan tersebut untuk memiawaikan aksara yang digunakan untuk bahasa-bahasa minoriti dan catatan bersejarah.

Aksara emoji tidak jauh berbeza antara platform demi mematuhi batas-batas erti yang ditetapkan oleh spesifikasi Unicode walhal syarikat-syarikat telah cuba menyampaikan rupa idea dan benda secara artistik. Contohnya, sejajar dengan tradisi Apple, emoji kalendar dalam produk Apple sentiasa memaparkan tarikh 17 Julai, iaitu tarikh pengumuman aplikasi kalendar iCal untuk macOS pada tahun 2002. Daripada itulah segelintir pengguna produk Apple memberi julukan "Hari Emoji Sedunia" kepada tarikh 17 Julai.[8] Fon-fon emoji yang lain pula memaparkan tarikh berbeza ataupun langsung tidak memaparkan tarikh tertentu.

Sesetengah emoji Apple amat menyerupai piawaian SoftBank standard kerana SoftBank merupakan rangkaian Jepun pertama yang digunakan oleh peranti iPhone. Contohnya, U+1F483 ๐Ÿ’ƒ DANCER (penari) tampil sebagai perempuan dalam piawaian Apple dan SoftBank, tetapi merupakan lelaki atau bukan mana-mana jantina dalam sistem lain.[9]

Para wartawan telah mendapati bahawa ketaksaan makna emoji telah membolehkan mereka untuk memakaikan makna spesifik budaya yang tidak terdapat dalam glif-glif yang asal. Contohnya, U+1F485 ๐Ÿ’… NAIL POLISH (pengilat kuku) didapati digunakan oleh masyarakat berbahasa Inggeris untuk membawa maksud berlagak tanpa peduli (non-caring fabulousness), menutup mulut pembawang (shutting haters down), ataupun bangga dengan pencapaian (sense of accomplishment).[10] Buku panduan Unicode juga sedikit sebanyak mencatatkan makna objek sebagai tunjuk ajar penggunaan emoji. Misalnya, U+1F4BA ๐Ÿ’บ SEAT (tempat duduk) dijangka bermaksud "tempat duduk pesawat, kereta api atau pawagam untuk ditempah".

Setakat Julai 2017[update] terdapat 2,666 emoji oalam senarai rasmi Piawaian Unicode.

Pengaruh kebudayaan

Penerbi kamus Oxford Dictionaries menamakan U+1F602 ๐Ÿ˜‚ FACE WITH TEARS OF JOY sebagai Word of the Year pada tahun 2015. Pihak Oford nmemperhatikan bahawa tahun 2015 hmenyakeikan peningkatan ketara dalam penggunaan perkataan "emoji" fserta memperakui impaknya terhadap budaya popular. Presiden Oxford Dictionaries Caspar Grathwohl berkata, "tulisan abjad yang lama digunakan sukar memenuhi tuntutan komunikasi abad ke-21 yang bertubi-tubi dan berfokuskan visual. Maka tidak hairanlah bahawa tulisan piktograf seperti emoji tampil untuk mengisi lompangnyaโ€”emoji bersifat fleksibel, langsung, dan menerapkan nada pertuturan dengan cantik." Vendor aplikasi taip telefon pintar SwiftKey mendapati bahawa "Face with Tears of Joy" merupakan emoji yang paling laris di dunia.[11] American Dialect Society mengisytiharkan U+1F346 ๐Ÿ† AUBERGINE (terung) sebagai "Most Notable Emoji" tahun 2015 menerusi undian Word of the Year.

Sesetengah emoji adalah khusus untuk budaya Jepun, contohnya peniaga yang tunduk (U+1F647 ๐Ÿ™‡ ), tanda shoshinsha untuk pemandu baharu (U+1F530 ๐Ÿ”ฐ ), bunga putih (U+1F4AE ๐Ÿ’ฎ ) untuk memuji "kerja rumah yang cemerlang", dan emoji-emoji untuk makanan Jepun seperti ramen (U+1F35C ๐Ÿœ ), dango (U+1F361 ๐Ÿก ), onigiri (U+1F359 ๐Ÿ™ ), kari (U+1F35B ๐Ÿ› ), dan sushi (U+1F363 ๐Ÿฃ ). Pengasas Unicode Consortium, Mark Davis mengibaratkan penggunaan emoji dengan sebuah bahasa yang baru berkembang, misalnya penggunaan emoji terung (U+1F346 ๐Ÿ† ) untuk menyerupai kemaluan lelaki yang tegak oleh masyarakat Amerika.[12] Sesetengah ahli linguistik telah menggolongkan emoji dan emotikon sebagai penanda wacana.

Pada Januari 2017, para pengkaji dari Universiti Michigan mengadakan sesuatu yang disifatkan sebagai kaji selidik besar-besaran terhadap penggunaan emoji yang pertama sekali, di mana lebih 1.2 bilion mesej yang ditaip dengan Kika Emoji Keyboard telah dianalisis lalu membuahkan hasil bahawa emoji Face With Tears of Joy merupakan emoji yang paling banyak digunakan, diikuti emoji Heart (hati) dan Heart Eyes (mata hati). Juga didapati bahawa orang Perancis paling banyak menggunakan emoji hati, sementara penduduk Australia, Perancis dan Czech banyak menggunakan emoji gembira, sedangkan penduduk Mexico, Colombia, Chile dan Argentina cenderung menggunakan emoji yang lebih sugul berbanding di budaya-budaya yang lebih mengawal diri seperti Turki, Perancis dan Rusia.

Rujukan

WikiPedia: Emoji http://www.huffingtonpost.com/2014/06/27/emoji-mea... http://nymag.com/daily/intelligencer/2014/11/emoji... https://www.dailydot.com/debug/emoji-miscommunicat... https://www.nbcnews.com/video/how-emojis-took-cent... https://www.nytimes.com/2015/07/18/nytnow/letting-... https://www.nytimes.com/2015/10/21/technology/how-... https://www.theguardian.com/commentisfree/2015/aug... https://www.theguardian.com/technology/2015/feb/06... https://www.washingtonpost.com/news/morning-mix/wp... https://unicode.org/Public/emoji/latest/emoji-data...