Empayar_Akkadia
Empayar_Akkadia

Empayar_Akkadia

Koordinat: 33°6′N 44°6′E / 33.100°N 44.100°E / 33.100; 44.100Empayar Akkadia (2334 SM hingga 2083 SM) adalah sebuah empayar yang berpusat di kota Akkad (Sumeria: Agade , Arab: أكد, Assyria: ܐܵܟܟܵܐܕ , Hittite KUR A.GA.DÈKI "tanah Akkad"; Biblical Accad) dan kawasan sekitarnya (Akkadia URU Akkad KI)[1] di Iraq Purba,[2][3] (Mesopotamia). Negara Akkadia adalah merupakan negara pendahulu bagi negara-negara etnik Akkadia di Babylonia dan Assyria; terbentuk selepas berkurun-kurun perpaduan budaya Akkadia dengan Sumeria, ia mencapai kemuncak kuasanya antara kurun ke-24 dan 22 SM berikutan penaklukan raja Sargon dari Akkad, dan ia kadang kala diakui sebagai pembentukan pertama sebuah empayar dalam sejarah.[4]Semasa milenia ke-3 BCE, terdapat pembangunan simbiosis budaya yang rapat di antara Sumeria dan Akkadia, yang mana termasuk bilingualism.[5] yang berkembang luas. Pengaruh Sumeria pada Akkadia (dan sebalinya) merupakan bukti dalam semua bidang, daripada pinjaman lekikal berskala besar, morphologikal, dan penumpuan phonologikal.[5] Hal ini telah mendorong para sarjana bagi merujuk kepada Sumeria dan Akkadia pada milenia ke-3 sebagai satu sprachbund.[5]Bahasa Akkadia secara perlahan-lahan mengantikan bahasa Sumeria sebagai bahasa pertuturan di Mesopotamia sekitar pada milenia ke-3 dan ke-2 BCE (tarikh yang tepat masih menjadi perdebatan),[6] tetapi Sumeria terus digunakan sebagai satu bahasa suci, upacara, sastera dan saintifik di Mesopotamia sehingga kurun pertama CE.Melalui asimilasi linguistik, Akkad memberi namanya kepada dialek dominan Semitik: bahasa Akkadia dari Mesopotamia, mencerminkan penggunaan akkadû ("dalam bahasa Akkad") di dalam zaman Babylon Lama bagi menunjukkan versi Semitik bagi sebuah teks Sumeria. Akkadia juga adalah bahasa bagi Babylonia, Assyria, Mari dan Eshnunna.

Empayar_Akkadia

Raja  
Ibu kota Akkad
Dibubarkan
Pemerintahan Beraja
Bahasa lazim Akkadia, Sumeria
Era sejarah Purba
• Diasaskan 2300 SM