Empayar_Hoysala
Empayar_Hoysala

Empayar_Hoysala

Empayar Hoysala (Bahasa Kannada: ಹೊಯ್ಸಳ ಸಾಮ್ರಾಜ್ಯ, hojsəɭə saːmraːdʒjə) ialah sebuah empayar Kannadiga India Selatan tersohor yang menguasai kebanyakan kawasan negeri Karnataka dari abad ke-10 hingga abad ke-14. Ibu kota Hoysala mula-mulanya terletak di Belur, kemudian berpindah ke Halebidu. Raja-raja Hoysala asalnya merupakan penduduk bukit Malnad Karnataka, sebidang kawasan tanah tinggi di banjaran Ghat Barat. Pada abad ke-12, sebagai mengambil kesempatan terhadap peperangan saling menghancur antara kerajaan-kerajaan Chalukya Barat dan Kalachuri, mereka mengilhakkan kawasan-kawasan Karnataka masa kini dan tanah-tanah subur di utara delta Sungai Kaveri di Tamil Nadu masa kini. Menjelang abad ke-13, pemerintah Hoysala mentadbir kebanyakan kawasan Karnataka, beberapa bahagian Tamil Nadu dan Andhra Pradesh barat di India Decca.Zaman pemerintahan Hoysala adalah penting untuk perkembangan seni lukis, seni bina dan keagamaan di India Selatan. Empayar ini kini dikenang terutamanya kerana meninggalkan seni bina kuilnya. Lebih seratus buah kuil yang masih ada bertaburan di seluruh negeri Karnataka, termasuklah Kuil Chennakesava yang tersohor di Belur, Kuil Hoysaleswara di Halebidu, dan Kuil Kesava di Somanathapura. Para pemerintah Hoysala menaungi bidang seni halus, maka menggalakkan kemekaran karya sastera berbahasa Kannada dan Sanskrit.

Empayar_Hoysala

Raja  
Status Empayar
(Bawahan Chalukya Barat sehingga tahun 1187)
Ibu kota Belur, Halebidu
Dibubarkan
Pemerintahan Beraja
• 1292 – 1343 Veera Ballala III
• 1026 – 1047 Nripa Kama II
Agama Hindu
Bahasa lazim Kannada
Sejarah  
• Catatan Hoysala terawal 950
• Diasaskan 1026