Negeri Empayar_Uthmaniyah

Terdapat beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Turki Uthmaniyyah yang mana tidak menunjukkan perubahan setelah sekian lama.

Negeri-negeri Uthmaniyyah merevolusikan sistem pentadbiran dengan bantuan dan pengalaman masyarakat Kristian dan Yahudi sementara negeri-negeri lain masih berpegang kepada agama dan identiti mereka sendiri. Hal ini ialah salah satu cara mengembangkan kawasan mereka dengan pesat yang memerlukan sumber tempatan untuk menguruskan sistem pentadbiran terbabit. Contohnya; perlantikan penasihat kepada sultan. Ada diantara mereka ini dilantik daripada masyarakat bukan Islam dan bukan berbangsa Turki tetapi amat setia kepada negara..

Dalam linkungan diplomatik, Empayar Uthmaniyyah seringkali ditafsir sebagai بابِ علی Bâb-i-âlî, atau Sublime Porte ("pintu besar") - sebuah ilusi terhadap pintu besar Istana Topkapı di mana sultan menyambung wakil-wakil dan duta-duta kerajaan asing. Ada sesetegah pihak menafsirkan gelaran tersebut berikutan kedudukan geografi empayar ini. Hal ini bermakna Istanbul, ibu negeri Uthmaniyyah menjadi gerbang di antara Eropah dan Asia. Masyarakat barat seringkali menganggap Empayar Uthmaniyyah sebagai Empayar Turki ataupun Turki; yang kemudiannya tidak patut dikelirukan dengan negara Turki moden.

Sultan

Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad.

Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka mereka mengakui kesetiaan kepada Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannya Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris Muhammad.

Rujukan

WikiPedia: Empayar_Uthmaniyah http://concise.britannica.com/ebc/article-9368294/... http://ottomanfoothill.googlepages.com http://twitter.com/OttomanArchive http://jwsr.ucr.edu/archive/vol12/number2/pdf/jwsr... http://www.wsu.edu:8080/~dee/OTTOMAN/OTTOMAN1.HTM http://www.turizm.net/turkey/history/ottoman.html //ms.wikibooks.org/wiki/Special:Search/Ottoman_Emp... //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Ottoma... //ms.wikinews.org/wiki/Special:Search/Ottoman_Empi... //ms.wikiquote.org/wiki/Special:Search/Ottoman_Emp...