Undang-undang Empayar_Uthmaniyah

Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang Islam (kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan ialah salah satu cara untuk menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.[12]

Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Kanun. Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil) ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan oleh seorang kadi yang dilantik sultan.

Rujukan

WikiPedia: Empayar_Uthmaniyah http://concise.britannica.com/ebc/article-9368294/... http://ottomanfoothill.googlepages.com http://twitter.com/OttomanArchive http://jwsr.ucr.edu/archive/vol12/number2/pdf/jwsr... http://www.wsu.edu:8080/~dee/OTTOMAN/OTTOMAN1.HTM http://www.turizm.net/turkey/history/ottoman.html //ms.wikibooks.org/wiki/Special:Search/Ottoman_Emp... //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Ottoma... //ms.wikinews.org/wiki/Special:Search/Ottoman_Empi... //ms.wikiquote.org/wiki/Special:Search/Ottoman_Emp...