Empayar_Vijayanagara
Empayar_Vijayanagara

Empayar_Vijayanagara

Empayar Vijayanagara atau Empayar Karnata[3] berpusat di rantau dataran Decca India Selatan memusat kepada kota Vijayanagara. Ia didirikan pada tahun 1336 oleh dua orang putera Dinasti Sangama iaitu Harihara I dan Bukka Raya I,[4][5][6] dinasti tersebut berasal dalam kalangan gembala lembu yang dikatakan berketurunan Yadava.[7][8][9]Kompleks Hampi merupakan tinggalan utama empayar ini masih kekal ada sehingga kini bahkan menjadi Tapak Warisan Dunia di Karnataka, India . [10] . Ia banyak mempengaruhi budaya India Selatan dari segi sen pembinaan kuil Hindu yang berbagai serta mempunyai mengilhami inovasi seni bina berbanding pembinaan sebelumnya; malah juga mengembangkan seni seperti sastera (terutamanya bahasa-bahasa Kannada, Telugu, Tamil, dan Sanskrit) dan muzik Karnatik berkembang menjadi bentuknya sekarang. Empayar ini berjaya menyatukan segala rantau-rantau India Selatan di bawah suatu anutan Hindu yang sama.