Emping_jagung
Emping_jagung

Emping_jagung

Emping jagung ialah bijirin sarapan yang dibuat dengan membakar empingan jagung. Bijirin ini dicipta oleh John Harvey Kellogg pada tahun 1894 sebagai suatu idea makanan yang dia sangkakan sesuai bagi pesakit-pesakitnya di Sanitarium Battle Creek, Michigan, Amerika Syarikat. Bijirin sarapan ini terbukti digemari para pesakitnya dan syarikat The Kellogg Company ditubuhkan bagi mengeluarkan produk ini secara meluas kepada orang ramai. Proses pembuatan bijirin ini telah dipatenkan pada tahun 1896.